Kek Milo Kukus Express Guna 3 Bahan Je, Anak-Anak Mesti Suka!

Sudah masuk fasa kedua untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. Pasti sudah bosan dan tidak tahu nak masak apa kan di rumah? Asyik menu yang sama saja. Apa kata anda cuba resepi baru pula, yang penting anak-anak suka!

Cuba buat kek milo kukus ini di rumah bersama anak-anak. Sangat mudah, bahan pun sudah siap ada di rumah tak perlu lagi keluar cari barang. Dalam masa satu jam sahaja boleh siap satu jenis kek. Menarik kan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat kek milo kukus.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

Bahan-bahan yang diperlukan hanya 3 iaitu:

  • 2 cawan milo
  • 2 sudu susu pekat
  • 4 biji telur

CARA-CARA MEMBUAT KEK MILO KUKUS

Sudah sediakan bahan yang diperlukan, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Masukkan semua bahan dalan mesin pengisar (Tidak perlu letak air) dan blend semua bahan tersebut.

2. Masukkan ke dalam bekas

3. Kukus selama 30 minit

Siap! Mudah kan? Nak suruh anak buatkan pun boleh tetapi kena hati-hati di dapur ya! Resepi ini sangat mudah dicuba dan sedap terutama bagi anak-anak di rumah. Manfaatkan tempoh PKP anda dengan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan sekeluarga. Waktu ini lah anda nak tunjuk skill anda memasak. Selamat mencuba!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma