Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Ini Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Yang Ditetapkan, Anda Boleh WhatsApp KPDNHEP Jika Ada Peniaga Jual Dari Harga Ditetapkan

Oleh eduadmin • March 16, 2020 • 2 min baca

Ini Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Yang Ditetapkan, Anda Boleh WhatsApp KPDNHEP Jika Ada Peniaga Jual Dari Harga Ditetapkan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Akibat penularan COVID-19, stok topeng muka dan hand sanitizer mendapat permintaan yang amat tinggi dari pengguna. Hampir kebanyakan kedai sama ada runcit atau pun pasar raya tidak mempunyai bekalan yang secukupnya.

Situasi ini memberi peluang kepada peniaga yang tidak bertanggung jawab untuk mengambil kesempatan untuk menjual topeng muka dan hand sanitizer dengan harga yang tak masuk akal.

TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL OLEH KPDNHEP

Menurut laporan Berita Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah susulan penularan wabak COVID-19.

Terdapat lima jenis topeng muka yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal dan sekiranya ada peniaga ditangkap menjual melebihi harga ditetapkan boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau dedenda sehingga RM50 ribu bagi individu dan syarikat pula boleh dedenda sehingga RM500,000.

SENARAI HARGA TOPENG MUKA DITETAPKAN

Senarai Harga Topeng Muka

Berikut merupakan 5 jenis topeng muka barangan harga terkawal dengan senarai harga yang ditetapkan:

1 Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga)
Harga borong RM5 sekotak, harga runcit RM7 sekotak.

2 Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga)
Harga borong RM8 sekotak, harga runcit RM10 dan RM0.20 sen seunit.

3 Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala)
Harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.

4 Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala)
Harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.

5 Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95
Harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6 seunit.

Anda boleh laporkan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menjual lebih mahal dari harga maksimum. WhatsApp kan ke nombor 0192794317.

Sumber: Berita Harian

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.