Semakan & Permohonan

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan UPSI

December 30, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Ujian MEdSI atau Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah salah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Pogram Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Ujian MEdSI bertujuan untuk menilai kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.

Bagi calon lepasan STPM/ Setaraf yang telah mohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI bagi sesi 2 2022/2023, anda boleh buat semakan panggilan ujian MEdSI pada tarikh ditetapkan secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan ujian MEdSI UPSI.

TARIKH SEMAKAN

Semakan panggilan menduduki ujian MEdSI bagi program Sarjana Muda Pendidikan Sesi 2 2022/2023 boleh dilakukan pada:

  • 30 Disember 2022 (Jumaat) selepas jam 5.00 petang

Tarikh dan masa semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan bagi calon yang telah buat permohonan dan berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi semakan UPSI di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan semakan ujian MEdSI, anda boleh hubungi Unit Promosi & Kemasukan di talian 015 48797982 atau email ke alamat kemasukan.bhea@upsi.edu.my.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda