Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Panggilan Temuduga Program Sarjana Muda Pendidikan & Bukan Pendidikan UPSI

Oleh Cikgu Shaari • January 31, 2023 • 2 min baca

Semakan Panggilan Temuduga Program Sarjana Muda Pendidikan & Bukan Pendidikan UPSI
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum ini telah membuka tawaran kemasukan ke Program Sarjana Muda Pendidikan dan Bukan Pendidikan bagi sesi 2022/2023 kepada calon lepasan STPM/ STAM/ Diploma yang berminat. Bagi calon yang telah buat permohonan sebelum ini, anda perlu duduki temuduga dan ujian khas bagi melayakkan diri masuk ke program pengajian ditawarkan.

Semakan panggilan menduduki temuduga dan ujian khas bagi program Sarjana Muda Pendidikan dan Bukan pendidikan di UPSI bagi sesi 2 2022/2023 boleh dibuat mulai 30 Januari 2023. Tarikh dan masa semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan panggilan temuduga UPSI dan panduan buat semakan.

PROGRAM PENGAJIAN TERLIBAT

Antara program pengajian terlibat bagi semakan adalah:

  • Temuduga Program Sarjana Muda Pendidikan Sesi 2 2022/2023
  • Temuduga Program Sarjana Muda Bukan Pendidikan Sesi 2 2022/2023
  • Ujian Khas AS74 – Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA

Semakan panggilan menduduki temu duga dan ujian khas bagi program pengajian terlibat boleh dilakukan pada:

  • 30 Januari 2023 (Isnin) selepas jam 5.00 petang

PANDUAN BUAT SEMAKAN

 

Semakan panggilan temuduga dan ujian khas bagi Program Sarjana Muda di UPSI boleh dibuat pada tarikh semakan dibuka secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan semakan panggilan temuduga Program Sarjana Muda UPSI, anda boleh hubungi pejabat di talian 01548797982 @ 0134153016.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.