Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan •Ramai Calon SPA Tak Sedar! Tawaran Pelantikan Boleh Terbatal Jika Tidak Lengkapkan SPA9 Dalam 21 Hari • Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan •Ramai Calon SPA Tak Sedar! Tawaran Pelantikan Boleh Terbatal Jika Tidak Lengkapkan SPA9 Dalam 21 Hari •

Cara Buat Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP

Oleh Cikgu Shaari • October 4, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan bahawa urusan temuduga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021 bagi fasa 1.

Urusan temuduga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan.

Semakan panggilan temuduga boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan. Bagi panggilan temuduga fasa 2, semakan boleh dibuat mulai 3 Oktober 2021.

OPSYEN YANG TERLIBAT FASA 2

Untuk semakan panggilan temuduga fasa 2, iaitu mulai 3 Oktober, opsyen yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Inggeris;
  2. Bahasa Melayu;
  3. Bimbingan dan Kaunseling;
  4. Grafik Komunikasi Teknikal;
  5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
  6. Pendidikan Khas;
  7. Pendidikan Seni / Seni Visual;
  8. Reka Cipta; dan
  9. Sejarah.

Temuduga bagi opsyen-opsyen lain pula akan dilaksanakan pada fasa-fasa seterusnya yang akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa melalui laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP.

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA SPP

Semakan panggilan temuduga mengikut fasa boleh dibuat pada: :

  • Fasa 1: 3 September 2021
  • Fasa 2: Mulai 3 Oktober 2021

Semakan boleh dibuat secara online dengan masukkan nombor kad pengenalan di portal SPP melalui pautan yang disediakan:

Pemakluman panggilan temuduga hanya kepada calon yang layak sahaja. Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan panggilan temuduga kelak.

Justeru SPP ingin mengingatkan kepada semua calon yang memohon untuk sentiasa bersedia dan melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temuduga pengambilan khas ini.

Rujuk: 70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.