GKP 2.0 Rayuan: Tarikh Semakan & Bayaran Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0
Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, Kerajaan telah membuka semula permohonan untuk Geran Khas Prihatin (GKP 2.) yang merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka sehingga 21 Disember 2020 lalu. Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat ditetapkan, setiap permohonan rayuan yang diterima LHDNM telah disemak.
Pemohon yang telah berjaya membuat permohonan rayuan GKP 2.0 tahun lepas kini boleh buat semakan kelulusan permohonan dan semak tarikh bayaran rayuan GKP 2.0.
Isi Kandungan
JUMLAH PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 DILULUSKAN
Susulan proses permohonan rayuan berkenaan, sukacita dimaklumkan bahawa PKS Mikro yang diluluskan adalah hampir:
- 52,000 PKS Mikro LULUS
SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0
Pemohon yang telah berjaya hantar permohonan rayuan GKP 2.0 boleh buat semakan status kelulusan rayuan GKP 2.0 pada:
- Tarikh semakan rayuan GKP 2.0: 4 Februari 2021
Semakan kelulusan boleh dibuat pada tarikh berikut melalui portal GKP iaitu di pautan berikut:
TARIKH BAYARAN RAYUAN GKP 2.0
Dah buat semakan rayuan GKP 2.0 dan lulus? Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon rayuan GKP 2.0 yang lulus pada:
- Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0: 5 Februari 2021
Dah tahu tarikh bayaran rayuan GKP 2.0, semoga anda sabar untuk menunggu wang RM3,000 dimasukkan ke akaun bank masing-masing. Bagi yang masih tidak tahu, PKS akan menerima GKP Tambahan tahun ini dan akan dibayar pada Mac 2021!
Semua penerima GKP 1.0 dan 2.0 adalah layak untuk menerima GKP Tambahan yang berjumlah RM1,000 ini. Baca info lanjut SYARAT & BAYARAN GKP TAMBAHAN.
Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya PKS mikro yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP atau PKPB.