Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 • Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 •

Tarikh Bayaran RM500 Kepada Semua Petugas Polis & Pesara/ Bekas Polis

Oleh Cikgu Shaari • February 3, 2021 • 2 min baca

Tarikh Bayaran RM500 Kepada Semua Petugas Polis & Pesara/ Bekas Polis
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Semasa ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2021 bertarikh 26 November 2020, kerajaan telah bersetuju untuk memberi inisiatif pemberian bantuan secara one-off kepada kategori Pesara Polis/ Bekas Polis/ Petugas Polis yang masih hidup iaitu seramai 80 ribu orang.

Jabatan Pengurusan PDRM dipertanggungjawabkan untuk membantu dan menyelaras urusan penganugerahan PJPN dan pemberian bayaran one off kepada golongan yang layak melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bayaran one off kepada polis yang layak.

KADAR BAYARAN

Bayaran diberikan secara one off kepada setiap individu yang layak sebanyak:

  • RM500

TARIKH PEMBAYARAN RM500

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat iaitu pada bulan berikut:

  • Mulai bulan Mac 2021 hingga bulan November 2021

GOLONGAN YANG LAYAK

Dalam Tempoh Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PDRM telah bersetuju dengan pemberian bayaran diberi kepada mereka yang layak mengikut statut PJPN termasuk:

  • Petugas polis
  • Pesara/ Bekas polis

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti mana yang disyaratkan di bawah:

Pesara Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Kad Pesara Polis/ Kad Pesara JPA
  • Salinan Akaun Bank/ Salinan Penyata Bank

Bekas Polis/ Petugas Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Dokumen Pengesahan Perkhidmatan
  • Salinan Akaun Bank/ Salinan Penyata Bank

KEMASKINI MAKLUMAT

Pengemaskinian maklumat pesara polis/ bekas polis/ petugas polis boleh dibuat melalui pautan berikut:

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen/ Ketua Polis Daerah/ Ketua Polis Balai akan membantu dalam memudahkan urusan-urusan pengemaskinian maklumat dan pengesahan dokumen bagi memudahkan pesara polis/ bekas polis/ petugas polis di Kontinjen dan daerah berkenaan.

Tarikh Bayaran RM500 Kepada Semua Petugas Polis & Pesara/ Bekas Polis Tarikh Bayaran RM500 Kepada Semua Petugas Polis & Pesara/ Bekas Polis Tarikh Bayaran RM500 Kepada Semua Petugas Polis & Pesara/ Bekas Polis

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.