Semakan Keputusan Permohonan Program Separuh Masa Diploma & Sarjana Muda UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum ini telah membuka peluang pengambilan pelajar baharu bagi Program Separuh Masa sesi Oktober 2022. Tawaran adalah dibuka bagi individu yang berminat nak sambung pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara separuh masa.

Permohonan terbuka kepada calon Warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera. Pelbagai program pengajian menarik ditawarkan dan calon boleh mohon ikut kelayakan masing-masing. Bagi calon yang telah buat permohonan bagi kemasukan ke Program Separuh Masa Diploma dan Sarjana Muda sesi Oktober 2022, anda dah boleh mula buat semakan kelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan membuat semakan keputusan permohonan program Separuh Masa Diploma dan Sarjana Muda UiTM Sesi Oktober 2022.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Institusi: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Program pengajian: Program Separuh Masa Diploma & Sarjana Muda
  • Pengambilan: Sesi Oktober 2022

TARIKH SEMAKAN

Semakan keputusan permohonan program Separuh Masa Diploma dan Sarjana Muda sesi Oktober 2022 boleh dibuat pada:

  • Mulai 15 Ogos 2022 selepas jam 5 petang

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang telah buat permohonan sebelum ini boleh mula buat semakan pada tarikh ditetapkan secara atas talian melalui pautan berikut:

Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara berperingkat melalui EMEL dan SMS. Pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukan Oktober 2022 hendaklah dilakukan dengan kadar segera.

Untuk maklumat lanjut Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar Baharu, anda boleh hubungi talian berikut:

  •  Tel: 03-5544 8353 / 8227 / 8176 / 8294
  • Emel: pengambilaniceps.uitm.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma