Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa PETRONAS 2021

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah menaja lebih daripada 37,000 pelajar yang layak melalui pelbagai jenis penajaan terutamanya melalui tawaran biasiswa PETRONAS. Tajaan ini terus dilaksanakan oleh pihak PETRONAS untuk memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan negara.
Pada 10 Jun sehingga 20 Jun 2021 lalu, PETRONAS telah membuka permohonan biasiswa buat lepasan SPM yang ingin sambung pengajian dalam dan luar negara. Calon yang telah membuat permohonan pada tempoh permohonan dibuka boleh buat semakan kelayakan pada tarikh yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan kelayakan biasiswa PETRONAS dan tarikh- tarikh penting berkenaan tawaran biasiswa.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN BIASISWA PETRONAS
Pemohon biasiswa PETRONAS 2021 boleh buat semakan kelayakan pada:
- Tarikh semakan: 28 Jun 2021, jam 5 petang
CARA BUAT SEMAKAN
Semakan kelayakan calon yang berjaya boleh dibuat di laman web berikut:
Calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk mengikuti PETRONAS YoungStars Day (PYD) bagi menilai kelayakan berikutnya bagi penerimaan Biasiswa PETRONAS.
PETRONAS YOUNGSTARS DAY (PYD)
Dalam penilaian PYD kelayakan dan potensi calon akan dinilai mengikut fasa seperti berikut:
Fasa Pertama (Online Test)
- Cambridge Personal Style Questionnaire (CPSQ)
– Penilaian personaliti dan potensi calon - Thinking Skills Assessment (TSA)
– Penilaian kebolehan kognitif dan pemikiran menyelesaikan masalah
Fasa Kedua (Temuduga Online)
- Student Potential Assessment (SPA)
– Penilaian kemahiran kepimpinan dan kebolehan calon
TARIKH PENTING TAWARAN BIASISWA PETRONAS
- Tarikh permohonan: 10 Jun hingga 20 Jun 2021
- Semakan kelayakan: 28 Jun 2021
- PETRONAS YoungStars Day (PYD): 28 Jun 2021
- Pengumuman penganugerahan biasiswa: 30 Julai 2021
- Keputusan penerimaan/ penolakan biasiswa: 2 Ogos 2021
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman educationsponsorship.petronas.com atau hubungi talian 03 – 2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311.