Cara Buat Semakan Permohonan BPR 2021 Secara Online
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.
Semakan permohonan BPR 2021 boleh dilakukan secara online sahaja dengan log masuk ke akaun BPR di laman web rasmi BPR 2021.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN BPR FASA KEDUA
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai:
- Tarikh Semakan BPR Fasa Kedua: 7 Mei 2021
SEMAKAN PERMOHONAN BPR 2021
Pemohon yang telah berjaya buat permohonan atau kemaskini permohonan BPR 2021 boleh buat semakan permohonan BPR 2021 dengan langkah-langkah berikut:
- Pergi ke pautan bpr.hasil.gov.my
- Klik LOG MASUK di bahagian atas halaman
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK
- Sahkan kata kunci dan masukkan kata laluan. Klik LOG MASUK
- Klik SEMAKAN STATUS
- Status Permohonan anda akan dipaparkan
- Bagi yang lulus bayaran Fasa 1 BPR, anda boleh lihat Maklumat Bayaran
- Klik Maklumat Bayaran. Maklumat pengkreditan akan dinyatakan.
MAKSUD SEMAKAN PERMOHONAN BPR 2021
Dah buat semakan permohonan BPR 2021, ketahui maksud status permohonan BPR 2021 yang dinyatakan:
- Permohonan Diterima
– Permohonan anda telah berjaya dihantar - Permohonan Sedang Diproses
– Permohonan anda masih dalam proses untuk penentuan kelulusan permohonan - LULUS
– Permohonan anda telah diluluskan.
– Anda hanya perlu tunggu bayaran dilakukan mengikut JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021 - GAGAL
– Permohonan anda gagal atas sebab-sebab tertentu.
– Anda boleh buat permohonan rayuan apabila dibuka nanti
Keputusan kelulusan semakan permohonan BPR 2021 akan dinyatakan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan permohonan BPR 2021, anda boleh terus ke cawangan LHDNM berdekatan.