Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Semakan Panggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal Jawatan Sarjan Polis & Konstabel Polis PDRM

Oleh Cikgu Shaari • February 13, 2023 • 2 min baca

Semakan Panggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal Jawatan Sarjan Polis & Konstabel Polis PDRM
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian! Semua calon yang telah mengiri permohonan bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 dan Konstabel polis Gred YT1 yang dibuka baru-baru ini dah boleh buat semakan panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal. Tawaran adalah bagi calon lelaki dan wanita.

Calon yang mengisi permohonan boleh buat semakan panggilan secara atas talian di laman sesawang Pengambilan PDRM sepanjang tempoh semakan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal.

TAWARAN JAWATAN TERLIBAT

Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan:

  • Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita)
    Tarikh iklan pada 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023
  •  Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki):-
    Tarikh Iklan Pada 12 Januari 2023 Hingga 25 Januari 2023

TARIKH SEMAKAN

Calon yang terlibat seperti dinyatakan di atas boleh buat semakan status panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal pada:

  • Mulai 10 Februari 2023 hingga 13 Mac 2023

SEMAKAN PANGGILAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM mengikut panduan berikut:

  1. Log Masuk laman e-Pengabilan PDRM
  2. Klik Semak Status Permohonan  untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.