Cara Buat Semakan Nombor Baucer BPN Bagi Yang Tiada Akaun Bank Aktif

Untuk makluman, semakan no siri BPN 2.0 kepada pemohon yang akaun bank tidak aktif, gagal kredit dan sebagainya boleh dibuat di portal rasmi BPN Hasil pada tarikh yang telah ditetapkan. Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.

Ini untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan terus ke akaun apabila tiba masanya. Mungkin perkara ini bukan isu besar bagi pemegang mana-mana akaun bank yang aktif.

Namun, bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif? Untuk makluman LHDNM akan mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif.

Jadi apa itu Nombor Siri BSN? Bagaimana pula nak dapatkannya?

Bagi mendapatkan no siri BPN anda boleh ikut langkah-langkah seperti berikut dan ketahui tarikh membuat penebusan No Siri.

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor Siri BPN ini khusus dikeluarkan buat pemohon yang lulus untuk pembayaran BPN 2.0 tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.

Kenapa Nombor Siri BPN Dikeluarkan?

Ianya merupakan usaha LHDN untuk memudahkan pemohon yang akaun akaun bank tidak aktif membuat penunaian bantuan BPN di cawangan BSN seluruh negeri selepas berakhirnya tempoh PKP nanti.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.

Bagaimana Dapatkan Nombor Siri BPN/No Baucar

Untuk mendapatkan semakan Nombor Siri BPN jika tiada akaun bank atau bank tidak aktif pemohon boleh ikut langkah-langkah di bawah.

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Penunaian juga boleh dilakukan di bank sekiranya no siri BPN hasil anda wujud didalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon
  • Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut di bahagian No Baucar seperti gambar di atas. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Tarikh Dan Cara Tebus No Siri BPN Anda

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor siri BPN, anda boleh terus pergi ke kaunter BSN untuk membuat penebusan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pastikan anda bawa bersama dokumen berikut untuk membuat penebusan:

  • Kad pengenalan
  • Nombor Siri BPN anda

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

Soalan Lazim Penunaian BPN di Kaunter BSN

Berikut merupakan soalan lazim berkaitan penunaian BPN di kaunter BSN.

  • Semakan no baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi BPN di alamat berikut https://bpn.hasil.gov.my/
  • Wakil atau waris seperti ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tiada akaun/gagal kredit/meninggal dunia/uzur/kurang upaya/sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di kaunter.
  • Wakil perlu membawa dokumen berikut untuk penunaian di kaunter;
    • Sijil kematian asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal/salinan penerima
    • Kad pengenalan asal wakil
    • Dokumen bukti pertalian anda wakil dan penerima

Di bawah merupakan FAQ lengkap yang anda boleh rujuk sebelum ke kaunter bank bagi tujuan penunaian bantuan BPN.

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN Terus di Kaunter BSN

Semoga perkongsian ini jelas buat anda bagi mendapatkan semakan no siri BPN bagi tujuan penunaian di bank BSN terdekat anda.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma