Semakan Keputusan & Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2021/2022

Bagi calon yang telah membuat permohonan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2021/2022, anda sudah boleh membuat semakan keputusan mulai 15 September 2021 jam 12 tengahari. Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh buat permohonan rayuan.

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan. Bagi yang berjaya dapat tawaran, tempoh setuju terima tawaran boleh dibuat sehingga 25 September 2021. Pastikan anda alert dengan tarikh-tarikh penting yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut semakan keputusan lepasan STPM/ Setaraf dan permohonan rayuan.

TARIKH SEMAKAN & PENGESAHAN TAWARAN

Semakan permohonan UPU bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2021/2022 dan pengesahan boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Tarikh semakan: 15 September 2021 (12 tengahari) hingga 25 September 2021
  • Tempoh setuju terima tawaran: 16 September 2021 hingga 25 September 2021
  • Tarikh permohonan rayuan: 15 September 2021 (12 tengahari) hingga 25 September 2021

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN

Semakan keputusan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat melalui pautan berikut:

Semakan keputusan rayuan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di PlayStore & AppStore.

PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran selepas buat semakan layak untuk mengemukakan permohonan rayuan mulai 15 September 2021 (jam 12 tengahari). Permohonan rayuan boleh dibuat di Portal Rasmi UPU berikut:

Permohonan rayuan boleh dibuat sehingga 25 September 2021 jam 5 petang sahaja. Pastikan anda buat permohonan sebelum tarikh tutup tersebut.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma