Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf

Bagi calon yang telah membuat permohonan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2022/2023, anda sudah boleh membuat semakan keputusan pada tarikh yang dinyatakan. Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh buat permohonan rayuan.

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan. Bagi yang berjaya dapat tawaran, tempoh setuju terima tawaran boleh dibuat dalam tempoh ditetapkan. Pastikan anda alert dengan tarikh-tarikh penting yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut tarikh semakan keputusan lepasan SPM & STPM/Setaraf

TARIKH HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE

Semakan keutusan permohonan UPU bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2022/2023 boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • 25 September 2022 jam 12 tengahari hingga 4 Oktober 2022 jam 5 petang

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN

Semakan keputusan kemasukan ke IPT bagi STPM/ Setaraf sesi akademik 2022/2023 boleh dibuat melalui pautan berikut:

  • https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my
  • http://jpt.umt.edu.my

Pengesahan setuju terima/ tolak tawaran bermula pada 26 September hingga 4 Oktober 2022 di laman web rasmi UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran selepas buat semakan layak untuk mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022 Permohonan rayuan boleh dibuat di Portal Rasmi UPU berikut:

Permohonan rayuan boleh dibuat sehingga 4 Oktober 2022 sahaja. Pastikan anda buat permohonan sebelum tarikh tutup tersebut.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademuk 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Semakan keputusan rayuan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di PlayStore & AppStore.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma