Semakan Keputusan Temuduga Guru Interim Bahasa Inggeris & Tahfiz Yang Ditemuduga Pada Mac 2022

Perhatian Guru Interim Bahasa Inggeris dan Guru Interim Tahfiz yang telah tamat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan! Calon guru yang telah hadir temuduga dah boleh buat semakan keputusan temuduga bagi pelantikan ke jawatan pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Semakan keputusan temuduga adalah bagi Guru Interim Bahasa Inggeris dan Guru Interim tahfiz yang telah hadir temuduga pada 3 dan 31 Mac 2022 yang lalu. Anda boleh buat semakan secara online melalui pautan disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panduan buat semakan keputusan temuduga guru terlibat.

CALON TERLIBAT SEMAKAN KEPUTUSAN

Antara calon yang terlibat dalam membuat semakan keputusan temuduga adalah:

  • Guru Bahasa Inggeris & Guru Interim Tahfiz Ambilan Tahun 2019 Yang Telah Tamat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Ke Jawatan Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
  • Calon telah ditemuduga pada 3 & 31 Mac 2022

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Sekiranya anda merupakan calon guru yang telah ditemuduga seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh buat semakan keputusan temuduga secara online melalui pautan berikut:

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA BAGI YANG BERJAYA

Tahniah sekiranya anda berjaya temuduga! Calon yang berjaya perlu:

  • Memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat

Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma