Semakan Keputusan Rayuan Penerapan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021
Bagi calon semester akhir Diploma UiTM yang telah membuat permohonan rayuan ke Program Sarjana Muda Sesi 1 2020/2021, kini anda sudah boleh membuat semakan keputusan rayuan mulai hari ini.
Semakan rayuan telah dibuka mulai 12 tengah hari secara dalam talian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan rayuan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 1 2020/2021.
CARA BUAT SEMAKAN
Hebahan keputusan rayuan untuk penerapan semester akhir Diploma UiTM ke Program Sarjana Muda Sesi 1 2020/2021 boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Layari pautan online.uitm.edu.my
- Klik Keputusan di bahagian kiri laman. Seterusnya, klik Permohonan
![Semakan Keputusan Rayuan Penerapan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021]()
- Pilih SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN
![Semakan Keputusan Rayuan Penerapan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021]()
- Pilih program yang berkaitan dengan rayuan anda
![Semakan Keputusan Rayuan Penerapan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021]()
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
![Semakan Keputusan Rayuan Penerapan UiTM Ke Program Sarjana Muda Sesi 2020/2021]()
Keputusan kelayakan anda akan dipaparkan.



