Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Tawaran Biasiswa Pelajar Cemerlang Zakat Kedah Buat Pelajar Tingkatan 1, 4 & 6 Sesi 2021

Oleh Cikgu Shaari • October 21, 2020 • 1 min baca

Tawaran Biasiswa Pelajar Cemerlang Zakat Kedah Buat Pelajar Tingkatan 1, 4 & 6 Sesi 2021
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Adalah dimaklumkan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah membuka tawaran Biasiswa Pelajar Cemerlang ke Tingkatan 1, 4 dan 6 bagi melanjutkan pengajian sesi 2021 di Sekolah Zakat Kedah.

Pelajar yang berkelayakan bakal mendapat penempatan di Sekolah Zakat Kedah dan memperoleh pembiayaan penuh pengajian dengan Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang di perkongsian bawah.

KEISTIMEWAAN BIASISWA

Antara keistimewaan yang ditawarkan melalui biasiswa ini adalah:

  • Pembiayaan Penuh Pengajian dengan Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah
  • Penempatan Asrama
  • Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pakej Program Khas Lembaga Zakat Negeri Zakat

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian ditawarkan di bawah:

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat untuk memohon, anda perlu dapatkan borang permohonan berikut:

BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 1

BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 4

BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 6

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan bersama dokumen yang diperlukan kepada Pejabat Zakat Daerah yang berdekatan di seluruh Negeri Kedah sebelum atau pada 22 November 2020.

Sehubungan dengan itu, permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah – UPPSZK).

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi Bahagian Pendidikan Zakat Kedah di talian 04 7331740 / 019 9106349.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.