Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2022

Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tarikh rasmi pengumuman keputusan MUET bagi sesi 3 tahun 2022. Calon yang telah mengambil ujian MUET sesi 3 2022 boleh buat semakan keputusan masing-masing melalui beberapa kaedah pada tarikh yang ditetapkan.

Terdapat 2 kaedah semakan yang telah disediakan untuk calon membuat semakan keputusan MUET iaitu melalui pesanan ringkas SMS atau secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh pengumuman keputusan MUET Sesi 3 2021 serta cara buat semakan.

TARIKH KEPUTUSAN MUET SESI 3 2022

Khusus bagi calon-calon yang telah menduduki peperiksaan MUET bagi sesi 3 2022, semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat mulai tarikh berikut:

  • Mulai 12 Januari 2023 (Khamis) – Mulai jam 10.00 pagi

KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI 3 2022

Berikut adalah panduan membuat semakan keputusan MUET Sesi 3 2022:

Semakan Keputusan MUET Secara Online

Semakan keputusan MUET Sesi 3 2022 boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SUBMIT. Calon mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengakses aplikasi semakan disebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau semak menggunakan perkhidmatan SMS.

Semakan Keputusan MUET Melalui SMS

Semakan keputusan MUET Sesi 3 2022 boleh juga dibuat melalui pesanan ringkas SMS dengan panduan berikut:

  • Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di Portal MPM:

Semua jenis calon boleh memohon semak semula pada 12 hingga 18 Januari 2023.

Yuran bagi rayuan penyemakan semula adalah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di BSN atau secara online melalui FPX.

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman Facebook Majlis Peperiksaan Malaysia.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma