Tarikh Semakan Keputusan & Pendaftaran Ke Program Diploma & Asasi Kolej Profesional MARA (KPM)

Semakan keputusan dan rayuan bagi kemasukan ke Program Diploma dan Asasi Kolej Profesional MARA (KPM) 2022/2023 akan dibuka tidak lama lagi. Calon yang telah membuat permohonan boleh buat semakan secara atas talian melalui laman yang disediakan.

Calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KPM perlu membuat pembayaran secara online dan pengesahan setuju terima tawaran sebagai tanda pengesahan anda memasuki program yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk membuat semakan keputusan, bayaran dan pengesahan setuju terima tawaran.

TARIKH SEMAKAN & RAYUAN KPM

Semakan kemasukan Program Diploma & Asasi KPM sesi 2022/2023 boleh dibuat pada:

  • Tarikh Semakan & Rayuan Fasa 1: 19 – 23 Julai 2022
  • Tarikh Semakan & Rayuan Fasa 1: 26 – 31 Julai 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KPM 2022

Calon yang telah membuat permohonan kini boleh membuat semakan keputusan secara online pada tarikh yang ditetapkan. Semakan boleh dibuat melalui laman berikut:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK. Keputusan akan dipaparkan.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Program Diploma KPM 2021 Dibuka

TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN KPM

Pendaftaran  bagi calon yang berjaya mendapat tawaran adalah pada:

  • Tarikh pendaftaran Program Asasi di Kolej MARA Kuala Nerang:  2 Ogos 2022
  • Tarikh pendaftaran Program Diploma di Kolej Profesional MARA: 4 Ogos 2022

PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN

Tahniah sekiranya anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Diploma KPM! Langkah seterusnya adalah anda boleh membuat pembayaran Yuran Pendaftaran secara online melalui kaedah berikut:

Log masuk atau Daftar baru (bagi pengguna kali pertama) untuk membuat pembayaran secara online.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Program Diploma KPM 2021 Dibuka

PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN

Sudah selesai membuat pembayaran yuran pendaftaran, ini bermaksud anda bersetuju menerima tawaran kemasukan ke KPM. Langkah seterusnya adalah membuat pengesahan setuju terima tawaran  dengan langkah berikut:

  1. Buat pengesahan setuju terima tawaran di http://apponline.mara.gov.my/upimonline
  2. Masukkan nombor resit pembayaran
  3. Muat turun surat & dokumen tawaran

Siap! Anda kini telah bersetuju menerima tawaran kemasukan ke Program Diploma KPM Sesi 2/2021 ambilan Julai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman UPIM MARA atau hubungi:

  • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
    Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
    Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.
  • Tel: 03 – 26134075 / 4076 /4077

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma