Semakan Keputusan e-UKCG Bagi Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)

Calon yang telah mohon kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pengajian Guru (IPG) dan telah berjaya menduduki ujian e-UKCG boleh buat semakan keputusan ujian masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan keputusan e-UKCG adalah bagi semakan calon layak ke temuduga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF). Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi PISMP KPM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh semakan keputusan e-UKCG dan panduan buat semakan keputusan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN E-UKCG

Semakan keputusan e-UKCG boleh dibuat secara onilne pada tarikh berikut:

  • Tarikh semakan: Mulai 29 Jun 2022 selepas jam 5 petang

CALON YANG LAYAK

Calon yang BERJAYA lulus e-UKCG adalah layak untuk ke peringkat seterusnya, iaitu:

  • Temuduga; serta
  • Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN E-UKCG

Semakan keputusan e-UKCG pada tarikh yang ditetapkan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi PISMP KPM. Berikut adalah pautan laman web untuk buat semakan keputusan e-UKCG:

Laman semakan hanya akan dibuka mulai 29 Jun 2022 jam 5 petang. Calon yang berjaya melepasi ujian e-UKCG dinasihatkan untuk buat persediaan ke peringkat seterusnya dan baca arahan sebaiknya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma