Semakan Kelulusan BPN 2.0 Mulai 15 Januari Bagi Permohonan Baru & Rayuan
Berikutan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu merangkumi PKP, PKPB dan PKPP, Kementerian Kewangan telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0.
Penerima bayaran BPN 2.0 fasa kedua adalah melibatkan 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460,000 penerima baharu.
Penerima baharu itu adalah bagi individu yang telah membuat permohonan baharu dan rayuan yang dibuka pada Oktober hingga November lalu. Hanya permohonan baharu dan rayuan yang diluluskan sahaja akan menerima bayaran fasa kedua BPN 2.0.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN KELULUSAN BPN 2.0
Individu yang telah berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan sehingga November lepas boleh buat semakan kelulusan masing-masing pada:
- 15 Januari 2021
CARA BUAT SEMAKAN KELULUSAN
Semakan kelulusan boleh dibuat pada tarikh berikut secara atas talian melalui pautan di bawah:
KADAR BAYARAN BPN 2.0
Individu yang lulus permohonan baru atau rayuan akan menerima bayaran PENUH BPN 2.0 seperti yang ditetapkan iaitu mengikut kategori berikut:
- Isi rumah B40 : RM1,000
- Bujang B40 : RM500
- Isi Rumah M40 : RM600
- Bujang M40 : RM300
Bagi penerima BPN 2.0 sedia ada yang telah menerima bayaran BPN 2.0 fasa pertama pada Oktober lalu, anda akan terima bayaran kedua pada kadar yang ditetapkan DI SINI.
TARIKH BAYARAN BPN 2.0
Untuk golongan B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada :
- 21 Januari ini 2021
diikuti M40 pada :
- 25 Januari 2021
Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada:
- 25 Januari 2021
Bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, bayaran akan diterima mulai:
- awal bulan Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan pada akhir Januari.