Macam Mana Nak Tahu Anda Adalah Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah? Ini Cara Semak Kelayakan
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Macam mana nak tahu anda adalah penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat semakan kelayakan.
Isi Kandungan
CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN
Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk
- MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
a. Nama Pemohon
b. No Mykad Pemohon
c. Status Permohonan
d. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat pada:
- mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Semak jadual bayaran STR setiap kategori bagi fasa 1 – 4 di bawah: