Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Semakan Blacklist Imigresen & PTPTN Secara Online Untuk Ke Luar Negara

Oleh Cikgu Shaari • May 29, 2020 • 2 min baca

Semakan Blacklist Imigresen & PTPTN Secara Online Untuk Ke Luar Negara
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Semakan senarai hitam (blacklist) imigresen sangat sinonim dengan peminjam PTPTN. Semua peminjam PTPTN pasti sudah sedia maklum bahawa jika bayaran balik PTPTN kita tidak dilakukan apabila sudah bekerja, peminjam boleh disenarai hitam oleh imigresen dan dihalang dari ke luar negara.

Sudah bersiap mahu boarding masuk gate untuk naik kapal terbang untuk bercuti ke luar negara, tiba-tiba dihalang oleh pihak imigresen. Alasannya nama kena blacklist. Terbantutlah hasrat nak bercuti.

Baca juga: Cara Memohon Pertukaran Ujrah & Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Semakan Blacklist Imigresen & PTPTN Secara Online Untuk Ke Luar Negara

Sebab itulah kita kena buat semakan blacklist terlebih dahulu sebelum ambil keputusan ke luar negara.

Berikut adalah cara membuat semakan nama kita kena blacklist atau tidak oleh imigresen.

CARA BUAT SEMAKAN BLACKLIST IMIGRESEN

Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan blacklist imigresen dan PTPTN:

  1. Layari laman web Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI)
  2. Kemudian anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan ketik pada ikon SEMAK
  3. Sekiranya jawapan yang keluar ialah ‘Tiada Halangan’, maksudnya anda bebas dan tidak disenaraihitamkan Jabatan Imigresen.
    Semakan Blacklist Imigresen & PTPTN Secara Online Untuk Ke Luar Negara
  4. Tetapi jika jawapan yang keluar ialah ‘Sila rujuk kepada Jabatan Imigresen terdekat’, besar kemungkinan anda telah disenaraihitamkan.

Dengan kemudahan semakan secara online yang ada, anda dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada sebarang kerumitan. Tambahan bagi peminjam PTPTN yang mempunyai hutang.

Semakan Blacklist Imigresen & PTPTN Secara Online Untuk Ke Luar Negara

Semakan ini juga boleh dibuat oleh semua orang dan tidak terhad kepada peminjam PTPTN sahaja.

Bagi yang disenarai hitam disebabkan oleh PTPTN, lebih baik anda selesaikan hutang yang ada. Hutang perlu dibayar, bayarlah seberapa mampu yang boleh dan tidak membebankan setiap bulan.

Baca juga: Semak Nombor Pinjaman & Bayaran Balik PTPTN

Semoga bermanfaat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.