Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dibuka

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)  khas buat semua pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang Universiti Awam (UA).

Permohonan secara dalam talian telah dibuka sebelum ini, iaitu pada bulan Mac 2022 melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini, pemohon dah boleh buat semakan keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP Ambilan Sesi 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara buat semakan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN BIASISWA ISMP

Semakan keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Sesi 2022 boleh disemak mulai:

  • 19 Ogos 2022 (Jumaat), mulai jam 3 petang

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN

Semakan mulai tarikh yang ditetapkan boleh dibuat melalui pautan yang disediakan berikut:

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan seperti yang didaftarkan semasa buat permohonan sebelum ini. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa KPM, anda boleh kemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui emel penawaran.bb.moe.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma