Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Permohonan Pengeluaran Khas RM500 Secara One Off Pencarum LTAT Menerusi MyWira

Oleh Cikgu Shaari • August 19, 2022 • 2 min baca

Permohonan Pengeluaran Khas RM500 Secara One Off Pencarum LTAT Menerusi MyWira
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)! Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban kewangan mereka. Pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.

Permohonan pengeluaran khas ini boleh dibuat melalui aplikasi MyWira sepanjang tempoh dibuka. Pembayaran pertama akan dilaksanakan dalam bulan Disember 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengeluaran khas pencarum Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan tarikh penting pengeluaran.

KADAR PENGELUARAN KHAS

Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah:

  • Maksimum RM500 secara one-off

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan pengeluaran khas ini boleh dibuat melalui aplikasi MyWira sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh permohonan: 10 Oktober 2022 hingga 19 Disember 2022

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran pertama bagi pencarum yang telah buat permohonan akan dilaksanakan pada:

  • Tarikh pembayaran: Bermula 19 Disember 2022 hingga 23 Disember 2022

PERMOHONAN MELALUI APLIKASI MYWIRA

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya. Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Ciri-ciri utama aplikasi MyWira merangkumi:

  • Penyata Caruman – membolehkan anda melihat maklumat akaun caruman LTAT tahun semasa dan setahun sebelumnya.
  • Pengeluaran – periksa status permohonan pengeluaran anda, sejarah transaksi pengeluaran, Senarai Semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anda
  • Unit Amanah – mengakses maklumat mengenai akaun unit amanah anda dan pautan semakan dana Affin Hwang.
  • Yayasan LTAT – dapatkan maklumat terkini mengenai status permohonan anak-anak anda dan banyak lagi.
  • Pengumuman – Terima pengumuman terbaru dari LTAT.
  • Program Manfaat – Akses tawaran dan promosi eksklusif oleh anak syarikat dan rakan kongsi LTAT.
  • MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia memberikan maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan senarai Soalan Lazim kami.

Pengguna i-Wira sediada boleh menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

Muat turun aplikasi MyWira sekarang untuk mula buat permohonan pengeluaran khas dalam tempoh permohonan nanti!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.