Cara Semak Penyata KWSP Secara Online, Boleh Juga Buat Pengeluaran. Tak Payah Beratur Panjang & Buang Masa
Dalam zaman yang serba boleh ini, semuanya hanya di hujung jari. Kini anda boleh semak penyata KWSP anda di atas talian sahaja. Dah semak, terus print senang kan? Jika anda berhasrat ingin menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tidak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran lagi untuk berurusan di kaunter.
Dengan perkhidmatan i-Akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP di mana sahaja anda berada samada di rumah atau pejabat, pada bila-bila masa saja.
Ikuti perkongsian ini untuk cara untuk menyemak penyata anda hanya di atas talian.
Isi Kandungan
CARA SEMAK PENYATA KWSP ONLINE
1. Dapatkan Kod Pengaktifan
Pertama sekali, anda perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun.
Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan
2. Login Laman Web Rasmi KWSP
Seterusnya, layari laman web KWSP (kwsp.gov.my) seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.
Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.
3. Tukar ID & Kata Laluan
Selepas selesai, terus tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.
Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.
4. Semak Penyata KWSP Online/ Baki Terkini
Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus semak penyata anda.Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain.
CARA MEMOHON PENGELUARAN
Jika sudah didaftarkan dengan i-Akaun, anda juga boleh buat pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Dengan kemudahan KWSP online, pelbagai kemudahan yang disediakan seperti:
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Senang kan? Tak perlu beratur panjang-panjang lagi ikut giliran di kaunter selepas ini hanya untuk urusan yang mudah. Gunakan kemudahan yang ada ini untuk mudahkan urusan harian anda. Selamat mencuba!
Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Tak Perlu Tunggu Umur Bersara