Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Pengambilan Khas Guru KPM (Graduan Bukan Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas guru KPM kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Namun graduan yang nak mohon mestilah memenuhi syarat kelayakan pengambilan khas guru KPM yang ditetapkan. Antaranya adalah program pengajian mestilah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Tak tahu macam mana nak semak kelulusan MQA dan cetak surat pengiktirafan Ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temuduga jika dipanggil? Rujuk panduan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Graduan yang nak mohon pengambilan khas pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 KPM mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Tidak mempunyai ikhtisas pendidikan
  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  • Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);
  • Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi kelayakan Malaysia (MQA), KPT untuk dibawa semasa menghadiri temuduga

Semak syarat kelayakan penuh dan panduan mohon pengambilan khas guru KPM DI SINI.

CARA SEMAK PENGIKTIRAFAN MQA

Berikut adalah panduan membuat semakan pengiktirafan MQA bagi program pengajian calon:

  1. Layari laman web Malaysian Qualifications Register (MQR)
  2. Pilih jenis institusi anda di bahagian ‘Search For Qualification
    Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Jawatan Guru SPP
  3. Nama-nama institusi akan dipaparkan, klik pada institusi pengajian anda
    Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Jawatan Guru SPP
  4. Klik Reference Number (nombor berwarna biru) di Program Pengajian anda
    Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Jawatan Guru SPP
  5. Maklumat Program Pengajian akan dipaparkan
    Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Jawatan Guru SPP
  6. Klik ‘Printer friendly version‘ untuk cetak Sijil Pengiktirafan Kelayakan MQR
    Cara Semak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon Jawatan Guru SPP

Siap! Cetakan Pengiktirafan Kelayakan yang dicetak tersebut sangat penting untuk diberikan kepada pihak penemuduga semasa sesi temuduga anda nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan pengiktirafan MQA, anda boleh hubungi talian 03 86881900 atau ajukan pertanyaan ke saluran Sistem Pengurusan Pertanyaan & Aduan.

Baca: Maksud Akreditasi Oleh MQA & Kelebihan Program Pengajian Yang Mendapat Akreditasi MQA

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma