Semak Semula Permohonan BPR 2021 Anda Telah Berjaya Dihantar Atau Tidak. Ini Caranya
Tahu tak, anda boleh semak semula sama ada permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR ) anda telah berjaya dihantar atau tidak? Anda boleh tahu nama anda sudah ada dalam sistem atau belum dengan mudah sahaja.
Langkah ini penting agar anda tidak terlepas pandang atau mungkin tidak perasan permohonan anda tidak berjaya dihantar. Permohonan BPR dibuka sehingga 15 Februari, anda masih tidak boleh buat semakan kelulusan permohonan.
Baca juga: Terlupa Kata Laluan BPR? Ini Cara Reset Semula Kata Laluan Untuk Log Masuk
Buat masa ini anda hanya boleh semak semula permohonan anda telah berjaya dihantar atau tidak dengan langkah yang dikongsikan.
SEMAK SEMULA STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah cara untuk tahu nama sudah ada dalam sistem atau belum:
- Log masuk ke akaun di laman bpr.hasil.gov.my
- Klik Peti Mel
- Tekan SURAT di tepi nombor 1
- Tekan permohonan BPR 2021
- Nama anda dan maklumat permohonan anda akan dipaparkan.
Ini bermaksud permohonan anda telah berjaya dihantar! Anda hanya perlu buat semakan kelulusan permohonan BPR sahaja nanti apabila telah dimaklumkan.
Dah semak, tetapi mendapati mel atau surat anda kosong seperti di bawah?
Ini bemaksud permohonan anda masih belum diterima oleh sistem. Jadi anda dinasihatkan untuk hantar permohonan yang lengkap sebelum 15 Februari 2021. Pastikan anda buat PENGESAHAN dan HANTAR permohonan.
Baca: Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online
Bagi pemohon yang hanya perlu kemaskini, anda juga perlu buat PENGESAHAN dan HANTAR permohonan anda setelah kemaskini maklumat permohonan BPR.
Kegagalan pemohon hantar permohonan boleh menyebabkan permohonan anda tidak diterima oleh sistem. Pembayaran pertama BPR bagi pemohon yang lulus adalah pada penghujung bulan Februari 2021. Semak Jadual Pembayaran BPR 2021 & Kadar Bantuan.