Panduan Daftar Program Vaksinasi Bergerak (SELVAX Bergerak) Melalui SELangkah

Rakyat Negeri Selangor yang masih belum dapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 atau yang belum pernah mendaftar melalui MySejahtera, anda kini boleh dapatkan vaksin melalui Program SELVAX Bergerak, iaitu program vaksinasi bergerak.

Mudah, anda tidak perlu tunggu temujanji melalui MySejahtera. Anda hanya perlu buat pra-pendaftaran melalui SELangkah dengan menggunakan kod baucar yang disediakan dan hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut SELVAX Bergerak dan panduan buat pendaftaran.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan pendaftaran Program SELVAX Bergerak:

  • Warganegara & bukan warganegara
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Masih belum menerima vaksin dos pertama

LOKASI, TARIKH & KOD BAUCAR

Untuk dapatkan vaksinasi melalui program SELVAX Bergerak, anda perlu masukkan kod baucar mengikut lokasi masing-masing semasa buat pendaftaran. Berikut adalah lokasi, tarikh dan kod baucar:

19/9/2021

  • SELVAX Dewan MPP Zon USJ 1, Subang Jaya
    Kod Baucar: DMZ19SEP
  • SELVAX Blok 1 JMB 1-7 Seksyen 7 Shah Alam
    Kod Baucar: BJMB19SEP

20/9/2021

  • SELVAX Pasar Sentosa Jalan 17/27 Seksyen 17, Petaling Jaya
    Kod Baucar: BG20SEP
  • SELVAX Pasar Taman Suntex, Dusun Tua
    Kod Baucar: DDT20SEP

21/9/2021

  • SELVAX Kampung Padang Jawa, Klang
    Kod Baucar: DBT21SEP
  • SELVAX Dewan Wawasan Kampung Medan, Sijangkang
    Kod Baucar: DJ21SEP

22/9/2021

  • SELVAX Kompleks Pasar Besar Meru, Bandar Baru Klang
    Kod Baucar: BBK22SEP
  • SELVAX Balairaya MPKK Kg Sri Jugra Morib
    Kod Baucar: DM22SEP

PANDUAN PENDAFTARAN SELVAX BERGERAK

Slot adalah terhad! Pastikan anda buat pra-pendaftaran terlebih dahulu di Aplikasi SELangkah dengan ikut panduan berikut:

  1. Muat turun aplikasi SELangkah di telefon pintar anda
  2. Tekan butang VAX
  3. Tekan Temujanji
  4. Tekan Semak Temujanji
  5. Tekan butang ungu
  6. Masukkan kod baucar mengikut kawasan anda. Dapatkan kod di atas
  7. Pilih tarikh yang temujanji anda

Siap! Slot telah dijadualkan. Sila hadir ke PPC dengan membawa kad pengenalan atau passport anda Anda juga boleh rujuk panduan dalam bentuk video di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma