Selangor E-bazar: Baucar RM2 Juta Bagi PKS & Peniaga Mikro

Berita baik buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Selangor! Kerajaan Selangor akan menyalurkan baucar bernilai RM2 juta untuk penganjuran Selangor E-bazar yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 26 November 2020.

Manfaat dalam bentuk baucar ini akan memberi manfaat kepada 10,000 PKS dan Perusahaan Mikro Selangor sempena kempen Jualan Mega Nov 11 (Single Day).

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut inisiatif baucar yang disediakan.

MATLAMAT INISIATIF

Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) dalam kenyataan hari ini, berkata inisiatif itu bermatlamat:

Membantu PKS dan Perusahaan Mikro Selangor melaksanakan pendigitalan untuk bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada era pandemik COVID-19.

PLATFORM PERNIAGAAN TERLIBAT

Inisiatif ini akan dianjurkan atas dua platform perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia iaitu:

  • Shopee
  • Lazada

CARA MENDAPATKAN BAUCAR PKS & MIKRO

Shopee dan Lazada akan menyediakan laman mikro khusus di platform masing-masing. Pengguna boleh mengakses laman mikro khusus berkenaan bagi menikmati diskaun menarik dari Shopee dan Lazada dengan baucar bersubsidi daripada kerajaan negeri Selangor.

Selangor adalah satu satunya negeri yang melancarkan dua kempen baucar dalam talian berturut  untuk mempercepatkan pendigitalan PKS pada masa kritikal.

KEMPEN SELANGOR E-BAZAR SEBELUM INI

Kempen Selangor E-bazar Raya yang berlangsung dua bulan sebelum ini dari 4 Mei hingga 4 Julai mencapai kejayaan cemerlang.

Dengan penyaluran baucar subsidi RM1 juta oleh kerajaan Selangor, peniaga berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM11.7 juta, bersamaan dengan pulangan pelaburan sebanyak 12 kali ganda. Ia adalah peningkatan 341 peratus daripada baucar berkenaan.

Semoga PKS dan peniaga Mikro Selangor dapat memanfaatkan inisiatif ini sebaiknya bagi memperoleh pendapatan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma