Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Selangor Aerospace Apprenticeship Programme: Tawaran Program Latihan Bina Kerjaya Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • November 2, 2022 • 2 min baca

Selangor Aerospace Apprenticeship Programme: Tawaran Program Latihan Bina Kerjaya Buat Graduan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Perantisan Aeroangkasa Selangor  adalah program adalah 6 hingga 24 bulan dengan kerjasama GE Engine Services Malaysia Sdn. Bhd. untuk meningkatkan industri kesediaan bakat di Malaysia & meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pembelajaran langsung daripada industri.

Graduan dalam bidang berkaitan yang berminat untuk mengikuti latihan bina kerjaya ini dipelawa untuk buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Selangor Aerospace Apprenticeship Programme 2022/2023 (Engine Maintenance Apprentices)
  • Majikan terlibat: GE Engine Service Malaysia Sdn Bhd (GE Malaysia)
  • Tempog program: 12 bulan
  • Pengambilan: Disember 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 7 November 2022

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program ini adalah:

  • Peluang pekerjaan dengan GE Malaysia
  • Sokongan mentor dari industri pakar
  • Pendedahan dalam industri Aerospace
  • Pengalaman hands-on
  • Elaun disediakan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pemohon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah rakyat Selangor dan memenuhi kriteria berikut:
    – Pemohon lahir dan menetap di Selangor; ATAU
    – Ibu atau bapa pemohon mestilah lahir dan menetap di Selangor; ATAU
    – Pemohon menetap di Selangor sekurang-kurangnya 11 tahun dan ke atas
  • Pemohon mestilah mempunyai sijil SPM; dan
  • Pemohon mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Aircraft Maintenance atau Aviation/ Aerospace Engineering atau berkaitan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan atas talian di laman yang disediakan.

Imbas kod di bawah untuk mula buat permohonan:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi talian 016 2276765 (Danial) atau 011 33000746 (Izzuddin).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.