Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul • Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •

Cara Mohon Pembiayaan Selangor Advance Buat PKS, Lulus Dalam Masa 48 Jam

Oleh Cikgu Shaari • July 9, 2020 • 2 min baca

Cara Mohon Pembiayaan Selangor Advance Buat PKS, Lulus Dalam Masa 48 Jam
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selangor Advance merupakan inisiatif dari Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu kelompok usahawan dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.

RM100 juta telah diperuntukkan bagi program Selangor Advance dengan tujuan mengitarkan ekonomi Selangor melalui mempercepatkan aliran tunai. Program ini akan dijalankan secara berperingkat agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua peringkat yang terlibat dengan aktiviti ekonomi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan pembiayaan Selangor Advance buat PKS.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANCE

Antara ciri-ciri pembiayaan Selangor Advance adalah:

  • Sistem Tawarruq berlandaskan patuh Syariah (satu bentuk jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan secara tangguh daripada satu pihak untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga tunai bagi mendapatkan wang tunai)
  • Membiayai invois sektor kerajaan
  • Kelulusan segera dan tiada cagaran
  • Caj serendah 1% dari nilai invois

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon hanya perlu sediakan 2 dokumen ini untuk buat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • 6 bulan penyata bank

LANGKAH PERMOHONAN PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANCE

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan pembiayaan Selangor Advance:

  1. Layari laman web Selangor Advance
  2. Klik Mohon
    Cara Mohon Pembiayaan Selangor Advance Buat PKS 
  3. Masukkan maklumat yang diminta dan klik MOHON SEKARANG
    Cara Mohon Pembiayaan Selangor Advance Buat PKS 
  4. Pemohon akan dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp oleh pihak Selangor Advance
  5. Proses permohonan akan diproses selama 2 hari untuk diluluskan sebagai pengguna berdaftar
  6. Para kontraktor dan penyedia perkhidmatan akan mendapat pembayaran awal atas nilai invois setelah mendapatkan kelulusan untuk mengambil bahagian.
  7. Pemohon perlu dapatkan pengesahan siap kerja
  8. Muat naik invois pembayaran awal
  9. Pengesahan akan dilakukan dan anda akan dapat notifikasi kelulusan invois selepas 3 hari
  10. Setelah dapat kelulusan, pembayaran pembiayaan akan dilakukan selepas 48 jam.

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh terus mesej pegawai bertugas di aplikasi WhatsApp di talian 018-2828502 atau 018-2828227 dan email ke alamat info@selangoradvance.com.my. Klik Selangor Advance untuk maklumat lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.