Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Sekolah Tidak Dibuka 15 April Walaupun PKP Tamat, Ada Cadangkan Sekolah Dibuka Semula Jun Untuk Keselamatan Murid

Oleh Cikgu Shaari • April 10, 2020 • 2 min baca

Sekolah Tidak Dibuka 15 April Walaupun PKP Tamat, Ada Cadangkan Sekolah Dibuka Semula Jun Untuk Keselamatan Murid
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak akan secara terburu-buru mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 15 April, walaupun jika kerajaan menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan pada 14 April.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, keselamatan pelajar merupakan pertimbangan utama Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, pihak kementerian aktif berbincang dengan pihak berkepentingan termasuk pertubuhan pendidikan dan ibu bapa secara dalam talian melalui telepersidangan.

Katanya, rata-rata pihak berkepentingan bersetuju bahawa keselamatan pelajar lebih penting daripada pelajaran dan peperiksaan.

Hang Soon berkata, ada yang mencadangkan persekolahan ditunda sehingga Jun selain cadangan hanya membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk bersekolah.

Sekolah Tidak Dibuka 15 April, Ada Cadangkan Sekolah Dibuka Semula Jun

“Ada juga yang mencadangkan supaya cikgu kembali ke sekolah untuk mengajar secara dalam talian menggunakan kemudahan Internet dan alat pembelajaran yang ada,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, pihak berkepentingan yang merangkumi wakil taska, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa tidak bersetuju jika sekolah dibuka secara terburu-buru.

“Apabila PKP mula-mula dilaksanakan, rata-rata berpendapat bahawa UPSR dan PT3 adalah sangat penting.

“Tetapi selari dengan perkembangan keadaan semasa, pendapat sesetengah ibu bapa telah berubah.

“Mereka sedar bahwa UPSR dan PT3 tidak banyak memberi kesan kepada perlanjutan pelajaran ke Tingkatan 1 dan Tingkat 4. Mereka malahan berpendapat peperiksaan berkenaan boleh digantikan dengan cara penilaian lain,” katanya.

Hang Soon berkata, kementerian juga memerah otak memikirkan cara pembelajaran termasuk mempertimbangkan rancangan televisyen pendidikan yang bersiaran 24 jam.

“Ini kerana terdapat kawasan luar bandar yang tidak diliputi kemudahan Internet atau ibu bapa tidak mempunyai kemudahan berkaitan,” katanya.

Beliau menjelaskan, selain mempertimbangkan semua cadangan, Kementerian Pendidikan juga akan memanjangkan usul kepada Kementerian Kesihatan dan mendengar pandangan balas mereka.

Segala makluman penting mengenai pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan secara rasmi apabila keputusan telah dibuat.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.