Pelaksanaan Arahan Menyekat Akaun Bank Golongan Suami Yang Gagal Membayar Nafkah

Berita baik buat golongan wanita! Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berbincang lanjut dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan memberkukan akaun bekas suami yang tidak membayar nafkah.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menyambut baik pengumuman itu berkata KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. Berdasarkan maklumat KPWKM, ramai bekas suami yang tidak membayar nafkah kepada bekas isteri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembelaan terhadap golongan wanita yang anda perlu tahu.

PEMBELAAN GOLONGAN WANITA

Berdasarkan maklumat KPWKM, ramai bekas suami yang tidak membayar nafkah kepada bekas isteri. Melalui pengumuman baru oleh kerajaan ini, mereka yang berhak akan mendapat pembelaan sewajarnya seperti:

  • Pembekuan akaun bank bekas suami yang ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri
  • Mereka yang menjadi mangsa dan patut mendapat hak akan diberikan keadilan sewajarnya
  • Kerajaan akan mengarahkan bank untuk menyalurkan bayaran yang ditetapkan mahkamah secara terus kepada wanita
  • Bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, kerajaan turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah dan majikan tidak boleh memaksa mereka bekerja di pejabat sebagai menghormati keadaan mereka sehingga tamat iddah
“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah. Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri”

PELAKSANAAN ARAHAN PEMBEKUAN AKAUN BANK SUAMI

Kementerian akan membantu selaraskan supaya mereka yang menjadi mangsa dan patut mendapat hak akan diberikan keadikan sewajarnya. Justeru kementerian akan adakan perbincangan lanjut dengan kementerian dan agensi yang berkaitan.

Oleh kerana pengumuman sudah dibuat, sekarang tunggu pelaksanaan dan kementerian akan cuba laksanakan pada:

  • Tahun 2022 (AKAN DIKEMASKINI)

CARA BUAT ADUAN BEKAS SUAMI TIDAK BAYAR NAFKAH

Golongan bekas isteri yang mendapati nafkah mereka tidak dibayar oleh bekas suami boleh mengadu melalui kaedah berikut:

  • Talian Kasih 15999; atau
  • Platform KPWKM yang lain

November lalu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memaklumkan, suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dilulus dan diwartakan.

JKSM menjejaskan, pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada penghutang penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada pemiutang penghakiman.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma