“Kenapa Berminat Nak Jadi Guru?” Ini Contoh Jawapan Untuk Calon Temuduga Guru
“Kenapa berminat nak jadi guru”? Soalan ini mungkin akan ditanya kepada calon yang mohon pengambilan jawatan sebagai guru! Soalan pertama yang akan ditanya adalah “sila perkenalkan diri anda”. Buat calon guru, pastikan anda baca “cara perkenalkan diri semasa temuduga guru” untuk buat persediaan nanti.
Sebelum hadir temuduga guru pastikan anda kenali diri anda dan ketahui sebab anda berminat nak jadi seorang guru. Dah mohon jawatan guru, mestilah sebab minat kan? Namun, sebab apa anda berminat? Jawapan yang diberi semasa temuduga nanti mestilah berkualiti untuk bersaing dengan calon lain. Jadilah calon yang luar biasa!
Jika belum tahu sebab anda minat nak jadi guru, anda boleh rujuk perkongsian di bawah untuk cari tahu cara jawab soalan “Kenapa Anda Berminat Nak Jadi Guru” semasa temuduga nanti.
Isi Kandungan
“KENAPA MINAT NAK JADI GURU?”
Berikut adalah perkongsian sebab yang anda boleh guna sekiranya ditanya dalam temuduga:
1 Kerjaya
Saya menjadi seorang guru adalah kerana Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang bagi menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta. Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor, peguam dan sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.
Selain itu,saya juga suka bekerja dikalangan kanak-kanak berbanding bekerja di kalangan orang dewasa. Saya juga menjadi guru kerana, pekerjaan sebagai seorang guru dianggap sangat mulia disisi agama.
Saya menjadi seorang guru kerana pekerjaan sebagi seorang guru mempunyai masa kelapangan dengan keluarga yang panjang semasa musim cuti persekolahan. Disamping itu,saya menjadi seorang guru kerana pengajaran yang diambil di institut perguruan dahulu adalah dalam bidang pendidikan. Lagipun kos pendidikan khas ini memang kos yang sangat menarik bagi saya.
Kerjaya seorang guru adalah sangat mulia di mata masyarakat. Saya juga ingin mencuba perkara yang baru dan kagum dengan kerjaya seorang guru kerana segala-galanya bermula dengan guru
2 Cita-cita
Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu saya tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini. Apabila guru meminta saya untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan menjawab”CITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU”
3 Tanggungjawab
Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya kerana menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru pendidikan khas akan mengajar saya untuk lebih menjadi seorang yang penyabar dan tabah. Sekarang saya merasakan semakin penyabar orangnya walaupun bukan ditahap yang terbaik lagi.
Profesion perguruan ini juga bagi saya dapat memberi pengalaman kepada saya dan juga memberi saya serba sedikit pengetahuan tentang sikap-sikap pelajar-pelajar khas. Selain itu,saya menjadi guru kerana saya ingin membantu anak-anak bangsa dalam memperoleh ilmu pengetahuan.
Saya juga menjadi guru kerana ingin menyampaikan ilmu pengetahuan yang saya ada kepada anak-anak didik. Saya menjadi guru kerana ingin melahirkan insan yang berguna kepada diri ,keluarga,masyarakat dan Negara.Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana berasa terpanggil dalam membantu mereka yang kekurangan upaya agar mampu berdikari dan mampu mengurus diri sendiri.
Selain itu, saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana ingin mengajar anak bangsa menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.Saya berminat dalam bidang pendidikan khas dan berasa bangga sekiranya menyumbangkan tenaga pada murid pendidikan khas. Kerjaya seorang guru yang membuatkan kita sentiasa ingin belajar dan bukannya hanya mengajar semata-mata.Saya dapat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tidak kira dari segi anggota badan dan juga masalah pembelajaran.
4 Minat
Saya menjadi guru kerana kecenderungan dan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan sejak di bangku sekolah menengah lagi.
5 Cabaran
Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana bidang pendidikan khas ini adalah satu bidang yang mencabar, hanya mereka yang berani, kental dan ikhlas sahaja boleh berada dalam bidang pendidikan khas ini.
Sekian perkongsian mengenai beberapa hasrat atau sebab anda ingin menjadi seorang guru sekiranya ditanya dalam temuduga nanti. Calon mungkin boleh ikut jawapan yang dikongsikan ini, namun calon diingatkan untuk TIDAK MENIPU sebab anda berminat nak jadi guru. Jadi pastikan jawapan yang anda berikan adalah ikhlas dan jujur daripada hati.
Semoga bermanfaat!