Mohon Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Ke Sabah, Sarawak Dan Luar Negara MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan tambang penerbangan pelajar IPT ke Sabah, Sarawak dan Luar Negara kepada rakyat Negeri Terengganu yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.

Pelajar yang memerlukan bantuan dalam bentuk wang zakat ini diminta untuk kemukakan permohonan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tamat pengajian.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan berikut.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan tambang penerbangan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penerbangan ke Sabah/Sawarak/Indonesia : RM400
  • Lain-lain Negara: RM1,500

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan:

  • Pemohon adalah rakyat Negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian ke Sabah/Sarawak/luar negara.
  • Beragama Islam, Baligh, Berakal dan Merdeka.
  • Tidak mendapat apa-apa pinjaman/biasiswa/dermasiswa dari mana-mana agensi ketika melanjutkan pengajian (pelajar persendirian) serta menepati maksud sinf Ibnussabil.
  • Telah menamatkan pengajian dengan dibuktikan Salinan ijazah asal/sementara (Syahadah muaqqatah) dan layak dipertimbangkan sekali sahaja.
  • Tahap pengajian ialah Diploma dan Ijazah Pertama (BA) sahaja atau yang setaraf dengannya.
  • Pertimbangan boleh dibuat bagi kes-kes tertentu terhadap pelajar yang terkandas dalam perjalanan samaada disebabkan bencana, peperangan atau sebab-sebab lain yang bertepatan dengan hukum syarak.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat pengajian.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan, isi Borang Permohonan secara online di pautan berikut:

Pemohon diminta untuk masukkan nombor kad pengenalan dan negara yang dituju. Lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Pemohon perlu mencetak borang yang telah lengkap diisi dan menghantar ke pejabat MAIDAM berdekatan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan.

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disahkan dan dihantar bersama borang permohonan yang dicetak:

  • Salinan ijazah asal/sementara (Syahadah muaqqatah).
  • Salinan surat pengesahan tamat belajar.
  • Tiket asal penerbangan.
  • Salinan slip gaji atau akuan pendapatan Ibubapa/Penjaga/Sendiri dan pasangan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa / penjaga.
  • Surat pengesahan bermastautin di Terengganu oleh Amil Zakat.
  • Salinan nombor akaun bank (BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Baitumal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di talian 09 6303030 atau emel ke alamat info@maidam.gov.my. Anda juga boleh terus hadir ke alamat berikut:

  • Jabatan Baitulmal
    Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
    Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
    Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
    20676 Kuala Terengganu, Terengganu.

Baca juga: Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma