“Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

“Mengapa anda berminat nak bekerja dalam sektor kerajaan?”. Soalan ini boleh dikatakan kerap juga ditanya kepada calon ketika temuduga. Walaupun hakikatkan calon berminat nak masuk ke sektor kerajaan kerana faedah-faedah yang ditawarkan, namun calon tidak boleh sesuka hati jawab soalan ini jika nak lulus. Nak jawab soalan ini ada caranya.

Tujuan soalan ini diajukan oleh panel sebenarnya adalah untuk menguji cara calon menjawab soalan. Calon sering mengambil mudah dengan soalan ini.

Jika anda nak lulus temuduga, baca jawapan terbaik yang boleh anda gunakan untuk soalan ini.

CONTOH JAWAPAN YANG BIASA CALON BERIKAN

Berikut adalah jawapan yang biasa diberikan oleh calon:

  • “Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta”
  • “Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”
  • “Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini, manatahu ada rezeki”
  • “Banyak kelebihan jika saya dapat kerja kerajaan ini”
  • “Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ini saya cuba la pula di sektor awam”

Bermacam-macam lagi jawapan yang biasa diberikan oleh calon. Tidak salah nak beri jawapan seperti ini, tetapi kurang tepat dan kurang sesuai. Penemuduga akan menganggap calon hanya memasuki sektor awam hanya kerana faedah yang ditawarkan dan mencuba nasib, bukan untuk betul-betul berbakti dalam sektor ini.

Baca juga: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

CONTOH JAWAPAN TERBAIK

Berikut adalah contoh-contoh jawapan terbaik yang boleh anda gunakan jika ditanya mengenai sebab anda berminat untuk bekerja dalam sektor awam:

“Saya berminat untuk bekerja dalam sektor awam kerana…..”

i) Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

ii) Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

iii) Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

iv) Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

v) Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

vi) Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepada saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Adakah anda merasakan jawapan-jawapan ini sesuai untuk digunakan? Jika anda nak tahu, inilah jawapan yang paling sesuai dan lebih baik berbanding jawapan pendek yang biasa calon berikan. Sekiranya anda ada jawapan yang lebih baik daripada ini, gunakan dengan bijak!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?” Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma