Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Senarai Bantuan & Permohonan Bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA)

Oleh Cikgu Shaari • December 5, 2022 • 2 min baca

Senarai Bantuan & Permohonan Bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA)
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967 hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee-I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Rakyat Negeri Sabah yang memerlukan bantuan-bantuan dan tidak mempunyai pendapatan tetap boleh mohon pelbagai jenis bantuan ditawarkan melalui JPKA secara atas talian dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan bantuan JPKA.

OBJEKTIF PENUBUHAN JPKA SABAH

Objektif penubuhan JPKA Sabah:

  • Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
  • Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu melalui perkongsian tanggungjawab dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari

BANTUAN KEBAJIKAN

Senarai bantuan kebajikan di bawah jabatan ini adalah seperti berikut:

  • Bantuan Am
  • Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Penjagaan OKU/ Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Bekerja
  • Bantuan Segera
  • Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
  • Bantuan Anak Pelihara

Semak syarat kelayakan bagi permohonan setiap bantuan di atas di laman https://jpka.sabah.gov.my/

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dibuat bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran
  • Salinan surat beranak
  • Laporan perubatan (jika berkaitan)
  • Surat cerai (jika berkaitan)
  • Sijil mati pasangan (jika berkaitan)
  • Salinan no akaun bank

PERMOHONAN BANTUAN JPKA SABAH

Permohonan bantuan JPKA boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

  1. Download Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awam di laman web https://jpka.sabah.gov.my/
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan

Tempoh sesuatu permohonan itu dapat diluluskan adalah dari Satu (1) bulan dari tempoh penghantaran borang permohonan.

Nota: Bermula 1 Januari 2023, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, permohonan dalam talian itu disediakan bagi memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan dan kesejahteraan mereka.
Untuk maklumat lanjutmengenai Bantuan Kebajikan Sabah JPKA,anda boleh melayari website  rasmi  Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di pautan https://jpka.sabah.gov.my/
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.