Permohonan Sarjana Pengurusan Pendidikan Unisza Kemasukan Februari 2021 Dibuka

Anda seorang guru yang merancang untuk sambung pengajian atau lepasan graduan yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan pendidikan? Berita baik buat anda!

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini menawarkan Sarjana Pengurusan Pendidikan Mod Kerja Kursus dengan kuliah pengajaran berkonsepkan campuran iaitu secara bersemuka dan dalam talian yang dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Permohonan bagi kemasukan Februari 2021 kini dibuka, anda boleh buat permohonan secara dalam talian.

BIDANG DITAWARKAN

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

  • Kepimpinan Pendidikan
  • Pengurusan Pendidikan Islam

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • ISM yang diiktiraf dengan CGPA 2.50; atau
  • ISM yang diiktiraf dengan CGPA bawah 2.50 dengan pengalaman 5 tahun kerja

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan pengajian yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh mohon secara online di pautan berikut:

Klik ENTER untuk isi borang permohonan secara online.

Permohonan Sarjana Pengurusan Pendidikan Unisza Kemasukan Februari 2021 Dibuka

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web https://pps.unisza.edu.my atau https://fki.unisza.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma