Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan • Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan •

Tawaran Pengajian Program Sarjana Muda Di USIM Sesi 2021/2022 Mod Kemasukan B40

Oleh Cikgu Shaari • August 20, 2021 • 2 min baca

Tawaran Pengajian Program Sarjana Muda Di USIM Sesi 2021/2022 Mod Kemasukan B40
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Peluang melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi akademik 2021/2022 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (B40). Individu yang tergolong dalan golongan B40 yang ingin sambung pengajian peringkat tinggi boleh mohon kemasukan ke USIM.

Tawaran terbuka kepada pelajar lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma/ Setaraf dengan pelbagai program pengajian yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara online sehingga 10 September 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT KEMASUKAN

Antara syarat kemasukan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan keluarga (isi rumah) RM4850 dan ke bawah
  • Memenuhi syarat am dan syarat khas mengikut program

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup berikut:

  • Tarikh tutup: 10 September 2021

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program pengajian Ijazah Sarjana Muda di USIM yang ditawarkan:

  • UQ6342001 Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
  • UQ6343001 Sarjana Muda Perbankan & Kewangan Islam dengan Kepujian
  • UQ6344001 Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • UQ6345001 Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • UQ6345002 Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan Kepujian
  • UQ6461001 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan)
  • UQ6462001 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)
  • UQ6481001 Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat)
  • UQ6545001 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
  • UQ6545002 Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian
  • UQ6545003 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)
  • UQ6545004 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik Gunaan)
  • UQ6522001 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • UQ6523001 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

CARA MOHON

Calon yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara dalam talian melalui portal berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang maklumat berhubungi hebahan ini, anda boleh terus ajukan melalui emel b40@usim.edu.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.