Saringan Covid-19 Percuma Disediakan Oleh Kerajaan Negeri Selangor

Demi memastikan semua rakyat negeri Selangor yang pergi ke kawasan berisiko tinggi atau pulang dari Sabah membuat saringan Covid-19, kerajaan Negeri Selangor menawarkan Saringan PERCUMA buat rakyat.

Sebagai rakyat yang bijak, diminta untuk anda buat saringan dan tindakan yang sepatutnya bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang kini sedang merebak di merata tempat. Saringan ini juga adalah penting untuk keselamatan ahli keluarga dan orang ramai.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai tawaran saringan percuma Covid-19 Negeri Selangor.

SYARAT SARINGAN PERCUMA

Rakyat Selangor yang ingin dapatkan saringan percuma mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Wajib membawa tiket penerbangan sebagai bukti perjalanan dari Sabah pada tarikh 20 – 26 September 2020
  • Membawa kad pengenalan sebagai bukti penduduk negeri Selangor
    ATAU
  • Pemastautin di negeri Selangor dengan membawa salinan Bil telefon ATAU Bil elektrik ATAU Bil Air

CARA DAPATKAN KHIDMAT SARINGAN

Tempoh saringan percuma adalah bermula 4 hingga 11 Oktober 2020 pada waktu seperti jadual operasi SELCARE Clinic.

Anda boleh dapatkan khidmat saringan dengan membuat temujanji sekurang-kurangnya 24 jam sebelum saringan dengan menghubungi mana-mana cawangan SELCARE Clinic yang berdekatan dengan kediaman masing-masing di lampiran berikut.

Saringan Covid-19 Percuma Oleh Kerajaan Negeri Selangor

Setiap individu yang akan membuat saringan wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan baik sebelum, semasa dan selepas saringan dibuat.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus ke Selangor Task Force Covid-19

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma