“Sanggup Ke Bekerja Jauh Dari Rumah/ Sabah Sarawak?” Ini Contoh Jawapan Temuduga, Jangan Jawab Terlalu Ringkas

Jika anda perasan, kebanyakan calon yang pernah menghadiri temuduga bagi jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pasti akan kongsikan antara soalan yang kerap ditanya adalah “adakah anda sanggup bekerja jauh dari rumah?”. Famous juga yang soalan ini dalam temuduga kerajaan! Calon yang bakal ditemuduga, pastikan anda ambil perhatian ya.

Jangan jawab terlalu ringkas sekiranya ditanya soalan ini. Calon yang hanya sekadar beri jawapan “Ya” adalah calon yang tidak bersedia. Pastikan anda beri penjelasan kenapa anda katakan anda sanggup untuk bekerja jauh dari rumah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan panduan dan contoh jawapan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.

CONTOH BENTUK SOALAN

Berikut adalah beberapa contoh bentuk soalan berkenaan kesanggupan calon untuk bekerja jauh daripada tempat kediaman dalam temuduga SPA:

  • Adakah anda sanggup dihantar jauh dari keluarga?
  • Adakah anda sanggup sekiranya dihantar ke kawasan pedalaman?
  • Adakah anda sanggup sekiranya mendapat penempatan di Sabah atau Sarawak?
  • Sekiranya dilantik, andakah anda bersedia untuk dihantar ke Sabah/ Sarawak atau jauh daripada keluarga anda?
  • Jika diarahkan untuk bertugas di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?

PANDUAN JAWAB SOALAN

Sekiranya anda ditanya salah satu soalan di atas atau sebarang soalan berkaitan kesanggupan untuk anda bekerja jauh dari rumah, pastikan anda ikut panduan berikut:

  • Sentiasa jawab YA dan SANGGUP sekiranya ditempatkan jauh daripada rumah
  • Meskipun anda rasa tidak sanggup, pastikan anda jawab YA untuk lulus temuduga
  • Jangan sesekali jawab TIDAK kerana itu menunjukkan dari awal bahawa anda seorang yang tidak sanggup berkorban untuk negara
  • Jangan beri jawapan yang terlalu ringkas (sekadar ya/tidak)
  • Pastikan anda sertakan bersama penjelasan kepada anda sanggup atau tidak

CONTOH JAWATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN

Pastikan anda tidak jawab terlalu ringkas ya! Pastikan anda sertakan bersama penjelasan kenapa anda sanggup atau tidak. Berikut adalah contoh jawapan yang boleh dijadikan rujukan:

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Sejak dari dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam mesti sanggup bertugas di mana-mana tempat yang diarahkan. Jadi, kejayaan saya sehingga ke peringkat temuduga ini adalah tanda saya sudah bersedia untuk ditempatkan di mana sahaja. Pada pendapat saya, peluang untuk bekerja di pelbagai negeri akan memberi peluang untuk saya mendapat pelbagai pengalaman baharu di tempat baharu.

Nampak tak bagaimana bentuk jawapan yang dikongsikan di atas? Nampak ringkas, tetapi dapat menjawab soalan penemuduga dengan jelas dan lengkap. Sekiranya anda ada idea yang lebih bernas dan menarik, anda boleh tambah lagi bagi melengkapkan jawapan.

Rujuk: Lulus Temuduga SPA, Calon Ini Kongsikan Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma