Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Punca Sakit Kepala Semasa Berpuasa & Cara Kurangkan Sakit Tersebut

Oleh Cikgu Shaari • April 14, 2021 • 3 min baca

Punca Sakit Kepala Semasa Berpuasa & Cara Kurangkan Sakit Tersebut
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pernah tak anda tiba-tiba mengalami masalah sakit kepala sehingga mengganggu ibadah puasa anda? Bukan anda sorang sahaja yang menghadapinya, jadi sebenarnya itu perkara yang biasa. Terutamanya pada minggu pertama menjalani ibadah puasa.

Menurut Doktor Elliot Shevel, ketua South African Headache Society, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. Perkara ini normal dan berlaku atas sebab-sebab tertentu.

Dalam satu temubual, beliau menyatakan empat sebab mengapa perkara ini terjadi ketika berpuasa. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sebabnya.

PUNCA SAKIT KEPALA MENYERANG KETIKA BERPUASA & APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

1 Kekerapan Pengambilan Kopi

Sesetengah daripada anda pasti ada yang ketagih dengan kopi. Mungkin anda terlalu biasa minum kopi dengan kuantiti yang tinggi pada hari normal. Namun kuantiti itu berkurang dengan sangat drastik ketika anda sedang berpuasa.

Sebab itu terjadinya sakit kepala. Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa untuk membiasakan diri anda tanpa kopi.

2 Kurang Gula Dalam Darah

Keadaan yang sama juga berlaku dengan kandungan gula di dalam badan anda. Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sudah menjadi kebiasaan kita dari sarapan pagi sampai lah makan malam pasti ambil gula dari makanan dan minuman.

Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala. Oleh itu anda perlu ambil gula yang cukup apabila berbuka puasa dan ketika bersahur. Jangan fikir nak diet sehingga tak mahu ambil gula pula.

3 Dehidrasi

Memang tidak dinafikan kita akan kurang pengambilan air pada bulan puasa.

Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan. Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan.

Kenapa Sakit Kepala Semasa Berpuasa? Ini Cara Kurangkan Sakit AndaPenghasilan histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala. Oleh itu, anda perlu minum air secukupnya pada waktu bersahur dan berbuka puasa.

4 Cukup Tidur, Kurang Stress

Antara sebab-sebab lain penyumbang kepada sakit kepala ialah kurang tidur dan tertekan. Mungkin yang kena bekerja sambil berpuasa dengan suasana yang tertekan akan menambahkan sakit kepala.

Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk mempunyai tidur yang cukup serta mengelakkan diri daripada stres sepanjang berpuasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua yang mengalami masalah sakit kepala semasa berpuasa.  Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlulah ambil makanan yang dapat membekalkan tenaga dan minum air yang cukup ketika sahur. Stress juga punca sakit kepala ketika berpuasa jadi elakkan. Semoga bermanfaat

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.