Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP): Tawaran Kursus Buat Belia, Elaun Pelatih Diberi

Oleh Cikgu Shaari • August 23, 2022 • 2 min baca

Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP): Tawaran Kursus Buat Belia, Elaun Pelatih Diberi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Belia Negeri Sabah dipelawa untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP). Belia yang berkelayakan dan berminat akan mengikuti kursus secara bersemuka, teori dan praktikal selama 3 bulan di ABM Wilayah Sabah.

Pelbagai kemudahan disediakan kepada pemohon yang berjaya mendapat penempatan. Pastikan anda hantar permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama program: Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)
  • Anjuran: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
  • Tajuk kursus: Mobile Airconditioning Technician
  • Tempoh kursus: 3 bulan
  • Tempat kursus: Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah
  • Tempoh permohonan: 5 Ogos hingga 27 Ogos 2022

KAEDAH LATIHAN

Pemohon yang layak akan mengikuti latihan seperti berikut:

  • Bersemuka
  • Teori
  • Praktikal/ Amali

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada pelatih adalah:

  • Penginapan
  • Elaun Pelatih
  • Pakaian Seragam
  • Makan Minum
  • Insuran Berkelompok

KRITERIA PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera Sabah
  • Lelaki dan Wanita
  • Berkahwin dan Bujang
  • Berumur 18 hingga 45 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Sekurang-kurangnya tamat (PMR/SPM)
  • Berminat untuk menjadi usahawan
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk ikuti kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi Puan Faizurina di talian 018 9621804.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.