Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP): Tawaran Kursus Buat Belia, Elaun Pelatih Diberi
Belia Negeri Sabah dipelawa untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP). Belia yang berkelayakan dan berminat akan mengikuti kursus secara bersemuka, teori dan praktikal selama 3 bulan di ABM Wilayah Sabah.
Pelbagai kemudahan disediakan kepada pemohon yang berjaya mendapat penempatan. Pastikan anda hantar permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KURSUS
- Nama program: Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)
- Anjuran: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
- Tajuk kursus: Mobile Airconditioning Technician
- Tempoh kursus: 3 bulan
- Tempat kursus: Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah
- Tempoh permohonan: 5 Ogos hingga 27 Ogos 2022
KAEDAH LATIHAN
Pemohon yang layak akan mengikuti latihan seperti berikut:
- Bersemuka
- Teori
- Praktikal/ Amali
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada pelatih adalah:
- Penginapan
- Elaun Pelatih
- Pakaian Seragam
- Makan Minum
- Insuran Berkelompok
KRITERIA PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera Sabah
- Lelaki dan Wanita
- Berkahwin dan Bujang
- Berumur 18 hingga 45 tahun
- Sihat tubuh badan
- Sekurang-kurangnya tamat (PMR/SPM)
- Berminat untuk menjadi usahawan
- Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk ikuti kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi Puan Faizurina di talian 018 9621804.