Rumah SASaR: Rumah Mampu Milik Buat Anggota & Veteran ATM Serendah RM150,000

Sebanyak 7,374 unit rumah dicadang untuk dibina menerusi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Rumah mampu milik tersebut disediakan bagi memastikan setiap anggota tentera, veteran dan warga awam kementerian pertahanan memiliki sebuah rumah sendiri. Program ini turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak swasta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Rumah SASaR buat anggota ATM.

KADAR HARGA RUMAH SASaR ATM

Rumah SASaR buat yang ditawarkan buat anggota ATM adalah dengan harga serendah:

  • Unit Mampu Milik: RM150,000 hingga RM250,000 seunit
  • Unit Premium: RM350,000 hingga RM400,000 seunit

Harganya adalah 30 – 50 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Rumah SASar: Rumah Mampu Milik Buat Anggota & Veteran ATM Serendah RM150,000

LOKASI RUMAH SASaR ATM

Mesyuarat Jemaan Menteri pada 7 Ogos lalu telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pertahanan untuk membina rumah SASaR di lokasi berikut:

  • Unit Mampu Milik: Kem Genting Kelang, Kuala Lumpur
  • Unit Premium: Kem Wardieburn

Menurut pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, sebanyak 3,500 unit rumah SASaR akan dibina di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan berjumlah 900 unit telah diperuntukkan untuk warga veteran ATM bagi membantu anggota dan veteran ATM.

Rumah SASar: Rumah Mampu Milik Buat Anggota & Veteran ATM Serendah RM150,000

RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)

Sebanyak 2,367 unit Rumah Keluarga Angkatan tentera (RKAT) baharu sedang dan akan dibina di seluruh negara pada tahun ini bagi menampung keperluan anggota ATM

Lokasi pembinaan RKAT adalah di:

  • Kem Oran, Perlis
  • Kem Tok Jalan, Alor Setar, Kedah
  • Kem Syed Sirajuddin, Gemas, N.9
  • Kem Tumbi, Jeli, Kelantan
  • Kem Batu 10, Sibu Sarawak
  • Kem Sri Miri, Sarawak
  • Kem Lok Kawi, Sabah

PRASYARAT PERMOHONAN RUMAH SASaR ATM

Berikut adalah prasyarat permohonan Rumah SASaR ATM:

  • Merupakan rumah pertama
  • Baki gaji selepas ditolak pinjaman perumahan melebihi 20%
  • Bebas dari sekatan bank atau senarai hitam

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma