RMR Perakku Prihatin: Bina Rumah Pertama Dengan Bantuan SPNB. Bayar RM210 Sahaja Sebulan

Program RMR Perakku Prihatin merupakan program pinjaman perumahan tanpa faedah dengan kerjasama di antara Yayasan Perak dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA.

Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik). Penerima yang layak hanya perlu bayar ansuran bulanan dengan kadar yang rendah dan dapatkan reka bentuk rumah yang terkini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut konsep program perumahan dan cara mohon program ini.

KONSEP PROGRAM

  • Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik)
  • Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki RUMAH PERTAMA.
  • Ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi serta reka bentuk rumah yang terkini.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

SYARAT TAMBAHAN

Pemohon perlu penuhi beberapa syarat tambahan berikut:

  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • SPNB/ Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan)
  • Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
  • Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
  • Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
  • Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
  • Borang Laporan Tapak Bergambar

CARA MOHON

Pemohon yang berminat untuk mohon program perumahan Yayasan Perak ini boleh buat permohonan dengan dapakan borang secara percuma di Pejabat Yayasan Perak atau muat turun bawah:

BORANG PERMOHONAN RMR PERAKKU PRIHATIN

AKUAN KEBENARAN PEMILIH TANAH

Borang permohonan yang telah lengkap mestilah dihantar bersama semua dokumen yang dinyatakan di atas ke Pejabat Yayasan Perak. Pengoperasian Perkhidmatan Yayasan Perak sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 adalah pada jam 9 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05 255 2929 atau talian WhatsApp di 013 4945 300.

RMR Perakku Prihatin: Bina Rumah Pertama Dengan Bantuan SPNB. Bayar RM210 Sahaja Sebulan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma