Download Contoh Resume Jawatan Kerani/ Pembantu Tadbir Yang Terbaik Ini

Berminat dengan kerja dalam bidang pengkeranian atau pentadbiran? Jawatan-jawatan ini biasanya ditawarkan dalam agensi kerajaan dan swasta dan terbuka kepada pemohon dari pelbagai latar belakang pendidikan.

Nak buat resume untuk jawatan kerani atau pembantu tadbir ini ada caranya. Resume tidak perlu terlalu kreatif pun, yang penting semua maklumat yang diperlukan lengkap dan memenuhi apa yang majikan mahu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui format resume untuk jawatan ini dan contoh resume yang terbaik boleh anda download.

NAK MOHON JAWATAN KERANI/ PEMBANTU TADBIR?

Bagi yang nak mohon kerja dalam bidang pengkeranian/ pentadbiran pastikan anda ada beberapa kemahiran asas yang dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai keupayaan yang diperlukan oleh majikan. Tonjolkan kemahiran anda melalui resume yang dihantar.

Baca: 7 Kemahiran Perkeranian/Pembantu Tadbir Yang Boleh Dimasukkan Dalam Resume

FORMAT RESUME

Antara maklumat penting yang anda perlu masukkan ke dalam resume untuk mohon jawatan kerani atau pembantu tadbir adalah:

  • Maklumat anda seperti nama dan alamat
  • Ringkasan kerja anda
  • Pendidikan
  • Pengalaman kerja
  • Kemahiran kerja

Untuk resume ini, anda tidak perlu memasukkan senarai rujukan. Namun jika bakal majikan minta, anda perlu sediakan satu dokumen senarai rujukan seperti yang diminta.

CONTOH RESUME

Berikut adalah contoh resume permohonan jawatan kerani atau pembantu tadbir yang sesuai untuk anda jadikan contoh:

Klik butang di bawah untuk download resume:

download resume

Setiap resume permohonan kerja mungkin berbeza mengikut jawatan yang dipohon. Apa yang perlu anda fokuskan bagi setiap resume adalah maklumat yang dimasukkan cukup untuk anda menarik minat majikan untuk ambil anda bekerja.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma