Resume Dan CV Bukan Benda Yang Sama, Ini Salah Faham Yang Ramai Calon Buat

BY Cikgu Ta // 09.06.2026 // 9 min baca

Resume Dan CV Bukan Benda Yang Sama, Ini Salah Faham Yang Ramai Calon Buat
VISUAL.ARCHIVE // 2026

Ramai pencari kerja di Malaysia masih anggap resume dan CV itu benda yang sama. Bila iklan kerja tulis “please submit your CV”, calon terus hantar dokumen panjang 4 hingga 6 muka surat yang penuh dengan sejarah akademik, senarai subjek, aktiviti sekolah, sijil lama dan maklumat yang tidak lagi relevan.

Dari sudut HR, ini antara kesilapan yang selalu berlaku. Calon sebenarnya ada potensi, tetapi dokumen yang dihantar terlalu panjang, tidak fokus dan menyusahkan proses saringan.

Secara terus terang, resume dan CV mempunyai fungsi yang jauh berbeza. Jika anda mohon kerja korporat seperti admin, kerani, marketing, HR, finance, sales, customer service, operation, IT support atau executive biasa, majikan biasanya mahu dokumen yang ringkas, padat dan terus menunjukkan kesesuaian anda dengan jawatan.

Kalau anda hantar CV akademik panjang berjela untuk jawatan korporat biasa, risiko dokumen itu “tenggelam” sangat tinggi. Bukan sebab HR tidak menghargai usaha anda, tetapi kerana HR perlu menyaring banyak permohonan dalam masa singkat.

Dalam bahasa mudah: dokumen yang terlalu panjang, terlalu umum dan tidak disusun mengikut keperluan jawatan boleh masuk ke “tong sampah digital” sebelum calon sempat dipanggil temuduga.

Beza Sebenar Resume Dan CV

1. Resume: Ringkas, Spesifik Dan Dibina Untuk Kerja Korporat

Resume ialah dokumen ringkas yang digunakan untuk memohon kerja. Ia direka untuk menunjukkan siapa anda, apa pengalaman anda, apa kemahiran anda dan kenapa anda sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Resume yang baik biasanya:

  • 1 hingga 2 muka surat sahaja
  • Disusun mengikut jawatan yang dipohon
  • Fokus kepada pengalaman, kemahiran dan pencapaian
  • Guna bullet point yang padat
  • Menunjukkan impak kerja, bukan senarai tugas semata-mata
  • Mudah dibaca oleh HR dan sistem ATS
  • Tidak memasukkan maklumat yang tidak relevan

Resume bukan tempat untuk ceritakan seluruh sejarah hidup. Resume ialah dokumen pemasaran kerjaya. Tujuannya satu: buat HR nampak anda cukup relevan untuk dipanggil temuduga.

Contoh maklumat yang sesuai dalam resume:

  • Nama dan maklumat hubungan
  • Ringkasan profil profesional
  • Pengalaman kerja paling relevan
  • Pencapaian kerja
  • Kemahiran teknikal dan soft skills
  • Pendidikan terkini
  • Sijil profesional yang berkaitan
  • Projek atau portfolio jika sesuai

Untuk pasaran kerja korporat, resume perlu disesuaikan atau tailored mengikut iklan jawatan. Jangan hantar dokumen sama untuk semua kerja.

Contohnya, jika mohon jawatan Admin Executive, tonjolkan pengalaman fail, dokumen, data, laporan, komunikasi pejabat dan sistem pentadbiran. Jika mohon Marketing Executive, tonjolkan pengalaman kandungan, kempen, media sosial, analisis pasaran dan komunikasi pelanggan.

2. CV / Curriculum Vitae: Panjang, Akademik Dan Komprehensif

CV atau Curriculum Vitae ialah dokumen yang lebih panjang dan lebih lengkap. Ia biasanya digunakan untuk bidang akademik, penyelidikan, sains, perubatan atau permohonan yang memang memerlukan rekod akademik terperinci.

CV boleh mengandungi banyak halaman kerana ia merekodkan perjalanan akademik dan profesional seseorang secara menyeluruh.

Antara maklumat yang biasa ada dalam CV:

  • Latar belakang akademik lengkap
  • Pengalaman mengajar
  • Penerbitan atau publications
  • Kajian atau research
  • Pembentangan persidangan
  • Geran penyelidikan
  • Anugerah akademik
  • Keahlian profesional
  • Penyeliaan pelajar
  • Projek penyelidikan
  • Sumbangan akademik atau klinikal
  • Senarai kursus, seminar dan bengkel

CV sesuai digunakan jika anda memohon:

  • Jawatan pensyarah
  • Jawatan penyelidik
  • Program sarjana atau PhD
  • Fellowship akademik
  • Jawatan dalam bidang sains atau makmal penyelidikan tertentu
  • Jawatan perubatan atau akademik klinikal
  • Geran penyelidikan
  • Biasiswa akademik yang meminta rekod lengkap

Untuk kerja korporat biasa, CV panjang begini selalunya tidak diperlukan.

Realiti Pasaran Kerja Korporat Di Malaysia

Ini realiti yang ramai calon perlu faham.

Di Malaysia, banyak iklan kerja tulis “send your CV” walaupun sebenarnya mereka tidak mahu CV akademik yang panjang. Dalam amalan biasa syarikat korporat, perkataan “CV” sering digunakan secara longgar untuk merujuk kepada dokumen permohonan kerja.

Tetapi apa yang HR harapkan sebenarnya ialah resume yang ringkas dan padat.

Maksudnya, jika iklan kerja admin, sales, marketing, operation, customer service atau kerani meminta “CV”, jangan terus hantar dokumen 5 muka surat seperti permohonan pensyarah. Hantar resume yang disusun elok.

Contoh kesilapan besar:

  • Mohon kerja kerani, tetapi hantar CV 6 muka surat.
  • Letak semua sijil sekolah rendah dan menengah.
  • Masukkan senarai subjek penuh yang tidak relevan.
  • Ceritakan aktiviti lama yang tiada kaitan dengan kerja.
  • Masukkan semua kursus pendek walaupun tidak berkaitan.
  • Tiada ringkasan profil yang jelas.
  • Tiada pencapaian kerja.
  • Tiada kata kunci yang padan dengan iklan jawatan.

HR bukan mencari dokumen paling tebal. HR mencari calon paling sesuai.

Kalau jawatan itu perlukan calon yang cekap urus dokumen, boleh guna Excel, boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan boleh bekerja ikut tarikh akhir, resume anda perlu terus tunjuk perkara itu. Jangan biarkan HR mencari-cari maklumat penting di celah halaman yang terlalu panjang.

Garis Panduan Panjang Resume Mengikut Pengalaman

1. Bawah 5 Tahun Pengalaman: Cukup 1 Muka Surat

Untuk graduan baharu, junior executive, fresh graduate, intern, pembantu tadbir, kerani baru atau calon bawah 5 tahun pengalaman, resume sebaiknya 1 muka surat sahaja.

Kenapa?

Kerana pada tahap ini, pengalaman anda biasanya belum terlalu banyak sampai perlu 3 muka surat. Jika dipaksa panjang, resume akan mula dipenuhi maklumat yang tidak penting.

Contoh maklumat yang selalu menjadi “fluff”:

  • Objektif kerjaya terlalu panjang
  • Senarai aktiviti sekolah lama
  • Sijil yang tidak berkaitan
  • Hobi umum seperti membaca dan melancong
  • Kemahiran terlalu asas seperti “hardworking”
  • Penerangan subjek pengajian yang terlalu terperinci
  • Rujukan lengkap dengan nombor telefon
  • Semua tugasan internship yang kecil-kecil

Untuk calon junior, satu muka surat yang tajam lebih kuat daripada tiga muka surat yang bersepah.

Apa yang perlu ada dalam 1 muka surat?

  • Nama dan maklumat hubungan
  • Ringkasan profil 3 hingga 4 baris
  • Pendidikan tertinggi
  • Pengalaman internship atau kerja sambilan
  • Projek berkaitan
  • Kemahiran teknikal
  • Pencapaian ringkas
  • Sijil penting yang relevan

Contoh susunan untuk fresh graduate:

  1. Header nama dan contact
  2. Professional summary
  3. Education
  4. Internship / work experience
  5. Projects / achievements
  6. Skills
  7. Certifications

Jika mohon kerja korporat, fokus kepada kemahiran kerja dan kesesuaian jawatan. Jangan penuhkan resume dengan cerita yang tidak membantu saringan.

2. Atas 5 Tahun Pengalaman: Maksimum 2 Muka Surat

Untuk calon senior atau mereka yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun, resume boleh jadi maksimum 2 muka surat.

Dua muka surat sudah cukup untuk menunjukkan:

  • Perkembangan kerjaya
  • Pengalaman utama
  • Pencapaian kerja
  • Kemahiran pengurusan
  • Projek penting
  • Kepakaran industri
  • Sijil profesional yang relevan

Tetapi jangan jadikan 2 muka surat sebagai lesen untuk tulis semua benda. Calon senior perlu lebih selektif.

HR biasanya membuat saringan awal dengan sangat cepat. Mereka akan lihat tajuk jawatan, syarikat, tempoh pengalaman, kemahiran utama dan pencapaian penting dahulu. Jika maklumat utama tenggelam dalam ayat panjang, resume itu akan kalah kepada resume yang lebih kemas.

Untuk calon senior, gunakan ruang resume untuk tunjuk impak.

Contoh ayat lemah:

Responsible for managing sales team and preparing reports.

Contoh ayat lebih kuat:

Led a 6-member sales team and increased monthly sales conversion by 18% through improved follow-up tracking and client segmentation.

Ayat kedua lebih bernilai kerana ada tindakan, skala dan hasil.

Bila Perlu Guna Resume Dan Bila Perlu Guna CV?

Gunakan resume jika anda memohon:

  • Kerja korporat
  • Kerja kerajaan yang meminta resume ringkas
  • Jawatan admin, kerani, HR, sales, marketing, finance, IT, operasi
  • Internship
  • Graduate trainee
  • Customer service
  • Jawatan swasta biasa
  • Jawatan GLC atau syarikat profesional
  • Permohonan melalui portal kerja

Gunakan CV jika anda memohon:

  • Jawatan pensyarah
  • Jawatan penyelidik
  • Program PhD atau akademik
  • Geran penyelidikan
  • Fellowship
  • Jawatan klinikal akademik
  • Permohonan yang memang meminta senarai penerbitan dan kajian
  • Biasiswa akademik peringkat tinggi

Cara mudah ingat:

Resume = ringkas, padat, untuk kerja.
CV = panjang, lengkap, untuk akademik dan penyelidikan.

Apa Yang Perlu Dibuang Daripada Resume Korporat?

Jika resume anda terlalu panjang, mula buang perkara berikut:

  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah penuh
  • Status perkahwinan
  • Agama, bangsa dan maklumat peribadi tidak diminta
  • References lengkap
  • Keputusan UPSR/PT3 jika tidak relevan
  • Semua subjek sekolah
  • Aktiviti sekolah lama yang tidak berkaitan
  • Gambar jika tidak diminta
  • Hobi umum
  • Ayat objektif kerjaya terlalu klise
  • Senarai tugas terlalu panjang tanpa pencapaian

Resume moden perlu lebih bersih. Maklumat peribadi yang terlalu banyak tidak membantu HR menilai kemampuan kerja anda.

Cara Jadikan Resume Lebih Tajam

Gunakan prinsip ini:

Relevan > Panjang

Maksudnya, setiap bahagian dalam resume mesti menjawab soalan:

  • Adakah maklumat ini membantu saya dapat kerja tersebut?
  • Adakah ia menunjukkan kemahiran yang dicari?
  • Adakah ia menunjukkan pencapaian atau nilai?
  • Adakah HR perlu tahu perkara ini pada saringan awal?

Jika jawapannya tidak, buang atau ringkaskan.

Contoh ayat terlalu umum:

Saya seorang yang rajin, bertanggungjawab dan boleh bekerja dalam kumpulan.

Contoh ayat lebih kuat:

Admin assistant with 3 years of experience in document control, data entry, meeting coordination and customer enquiries. Skilled in Microsoft Excel, filing systems and administrative reporting.

Ayat kedua lebih jelas, lebih profesional dan lebih mudah dipadankan dengan jawatan.

Checklist Sebelum Hantar Resume

Sebelum tekan hantar, semak perkara ini:

  • Resume tidak lebih 1 muka surat jika pengalaman bawah 5 tahun.
  • Resume tidak lebih 2 muka surat jika pengalaman lebih 5 tahun.
  • Tajuk jawatan atau profil selari dengan iklan kerja.
  • Ada pencapaian atau impak, bukan skop tugas semata-mata.
  • Kata kunci daripada iklan kerja dimasukkan secara natural.
  • Tiada maklumat peribadi berlebihan.
  • Format kemas dan mudah dibaca.
  • Nama fail profesional.
  • Resume disimpan dalam PDF.
  • Cover letter atau e-mel ringkas disesuaikan dengan jawatan.

Contoh nama fail yang baik:

Resume_Nurul_Ain_Admin_Executive.pdf

Elakkan nama fail seperti:

resume terbaru final fix betul punya.pdf

Nampak kecil, tetapi perkara begini memberi kesan kepada tanggapan profesional.

Soalan Lazim Resume vs CV

1. Bolehkah saya memohon kerja pensyarah menggunakan resume biasa?

Tidak digalakkan. Untuk jawatan pensyarah, penyelidik atau akademik, anda biasanya perlu menyediakan CV yang lebih lengkap. Pihak universiti mahu melihat latar akademik, pengalaman mengajar, penerbitan, kajian, pembentangan, penyeliaan dan sumbangan akademik anda. Resume biasa mungkin terlalu ringkas untuk tujuan ini.

2. Bagaimana jika pengalaman saya terlalu banyak untuk dimuatkan dalam 1 muka surat?

Jika pengalaman anda masih bawah 5 tahun, pilih pengalaman paling relevan sahaja. Tidak semua perkara perlu dimasukkan. Gabungkan tugas kecil, buang maklumat lama yang tidak penting dan fokus kepada jawatan yang dipohon. Jika pengalaman anda sudah lebih 5 tahun, boleh gunakan 2 muka surat.

3. Patutkah saya menyimpan resume dan CV serentak?

Ya, itu lebih baik. Simpan satu resume korporat yang ringkas dan satu CV lengkap jika anda ada keperluan akademik atau profesional tertentu. Resume digunakan untuk kerja biasa, CV digunakan untuk akademik, penyelidikan atau permohonan yang meminta rekod lengkap.

4. Jika iklan kerja tulis “submit your CV”, adakah saya perlu hantar CV panjang?

Tidak semestinya. Untuk kerja korporat biasa di Malaysia, istilah “CV” sering digunakan untuk merujuk kepada resume. Jika jawatan itu bukan akademik, penyelidikan atau perubatan, hantar dokumen resume yang ringkas, padat dan relevan.

5. Adakah resume 3 muka surat terus ditolak?

Tidak semestinya, tetapi risikonya tinggi untuk kerja korporat biasa. Jika maklumat terlalu panjang dan tidak fokus, HR mungkin sukar melihat nilai utama anda. Lebih baik padatkan kepada 1 atau 2 muka surat mengikut pengalaman.

6. Apa format paling selamat untuk hantar resume?

Format PDF paling selamat kerana susun atur tidak mudah berubah apabila dibuka di komputer lain. Pastikan nama fail kemas, saiz fail tidak terlalu besar dan isi resume mudah dibaca pada skrin komputer serta telefon.

AUTHOR_PROFILE

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.