Residensi Prihatin WP: Tawaran Rumah Selesa Mampu Milik Buat Golongan Berpendapatan Rendah
Pada 22 Februari 2021 lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan Rumah Residensi Prihatin secara langsung melalui laman Facebook. Kementerian Wilayah Persekutuan akan membangunkan 10,000 unit kediaman mampu milik untuk golongan belia dengan harga di bawah RM200,000 seunit menerusi Program Residensi Prihatin.
Residensi Prihatin merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan serta cara memohon.
Isi Kandungan
UNIT RESIDENSI PRIHATIN
Penetapan sasaran Residensi Prihatin bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 – 2024 adalah sebanyak 10,000 unit di:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
CIRI-CIRI RUMAH RESIDENSI PRIHATIN
Residensi Prihatin menawarkan rumah dengan keluasan 750 kps yang mempunyai:
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Dapur
- Ruang Tamu
- Ruang makan
- Yard
- Bentuk rumah berstrata
Anda boleh lihat senarai projek Residensi Prihatin DI SINI.
KELEBIHAN RESIDENSI PRIHATIN
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pemohon yang berminat:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bujang/ berkahwin
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Permohonan rumah pertama sahaja
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin
BAYARAN PERTAMA
Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit Residensi Prihatin perlu mengemukakan bayaran sebanyak:
- 10% daripada harga unit yang ditawarkan
Bayaran adalah kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Prihatin. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
CARA MOHON RESIDENSI PRIHATIN
Permohonan rumah Residensi Prihatin boleh dibuat melalui portal Residensi Prihatin di pautan berikut:
Pemohon yang berminat boleh lengkapkan maklumat diminta klik Daftar Minat.
Pendaftaran akan melibatkan proses seperti berikut:
Sebarang pemakluman akan dihantar melalui emel anda setelah projek Residensi Prihatin ini dibuka untuk permohonan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan rumah Residensi Prihatin, anda boleh terus ke saluran berikut:
- Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya. - Tel: 03-8889 7640
- Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my
- Laman web: residensiprihatin.kwp.gov.my